Semasa

"Terima Kasihlah Sebab Tumpangkan" - Pengalaman Seram Pemandu Uber Ini Bawa "Sesuatu" Dari Tanah Perkuburan Buat Netizen Seram Sejuk


Sejak ada kemudahan e-hailing seperti Uber/Grab banyak dilihat membantu orang ramai dalam mendapatkan pengangkutan dengan lebih mudah dan selamat. Namun begitu, ada juga kisah-kisah pelik yang dialami oleh pemandu tersebut. 

Bagi seorang pemandu Uber, Faizal Khamaruzaman pengalaman unik yang beliau alami mungkin agak pelik kerana tiada penumpang yang diambil cuma arahan di dalam telefon sahaya yang diberi. Tak tahu apa motif sama ada ianya hanyalah satu gurauan ataupun memang betul ada kisah misteri. 

Ini perkongsian penuh dari Faizal. Tonton kesemua video dahulu dan mungkin anda akan faham kisah seram ini. 


#SERAM "Terima kasihlah (sebab) 'tumpangkan'."

Kisah rider book Uber (dan akulah driver Uber tu) utk tumpangkan 'sesuatu' dari tanah perkuburan ke tempat lain. Serius aku menggigil lepas tu.

Eh, babilah!!!

PS: Tolong tonton semua video dahulu, baru komen. Tiada kemunculan entiti. Hanya dialog saya dengan rider melalui panggilan telefon sahaja. Tiada dialog dengan entiti. Payment mode menggunakan kad bank.

Dalam video pertama, individu yang membuat pesanan telah menanda tempat untuk di ambil di tengah-tengah tanah perkuburan. Faizal menghubungi individu terbabit tetapi lelaki itu mengesahkan lokasi tersebut. 


Setelah sampai di tanah perkuburan tersebut, sekali lagi Faizal menghubungi lelaki tersebut dan lelaki itu mengarahkan Faizal untuk mula trip tanpa ada sesiapa yang menaiki kenderaannya. 


Apabila sudah sampai ke destinasi yang ditujui, Faizal menghubungi lelaki tersebut dan lelaki itu menyuruhnya membaca bismillah serta selawat dan membuka pintu belakang. 

Selepas itu dia menyuruh Faizal untuk menutup pintu seperti 'sesuatu' telah menumpang di belakang. Akhirnya lelaki itu berterima kasih kepada Faizal dan trip perjalanan itu telah dibayar menggunakan kad bank. 


Tiada video entiti dirakam tetapai apa yang menjadi persoalan bagi Faizal dan netizen ialah apakah yang ditumpangkan dari tanah perkuburan sehingga ke satu destinasi yang tidak diketahui? Perkongsian dari Faizal ini telah mendapat perhatian netizen sehingga dikongsi lebih 20,000 kali dan tontonan video juga hampir mencecah 2 juta tontonan. 

- www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.