Semasa

Terlalu Teruja Dengan Tawaran Murah, Apa Yang Wanita Ini Beli Sangat Melucukan Netizen


Kemudahan membeli barangan secara atas talian telah banyak memudahkan kehidupan kita sedikit sebanyak. Namun pasti ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berurusan secara online ini.

Mungkin ada yang pernah ditipu, lain yang dipesan barang lain yang sampai dan macam-macam hal lagi. Tambah-tambah lagi apabila apabila tiba waktu jualan murah pasti ada yang rambang mata dan cepat teruja tanpa membaca deskripsi penuh barangan tersebut. 

Mungkin ini kisah yang agak melucukan pernah terjadi. Bagi Puan Anna Fuzzana yang berkongsi pengalaman membeli di salah sebuah portal online yang popular. Akibat terlalu teruja dengan tawaran dengan harga yang murah wanita itu terus membeli tanpa memikir dan membaca keseluruhan penjelasan. 

Ikuti perkongsian dari Puan Anna ini yang agak lucu: 


Dek kerana teruja dengan tawaran murah tersebut, wanita tersebut lupa untuk membaca keterangan produk yang jelas terpapar "Dolls House Miniature Decoraton Accessory Weigh Scale Toy Pink". 

Wanita tersebut mengakui ianya kesalahan dari dirinya sendiri yang tidak membaca betul-betul keterangan produk tersebut. Rata-rata netizen menganggap peristiwa yang berlaku itu amat melucukan. 


___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.