Semasa

Video Jurufoto Kejar The Speedy Jantan Ini Buat Netizen Terhibur


Semalam acara 100m telah dimenangi oleh pelari pecut negara, Khairul Hafiz bin Jantan atau lebih dikenali dengan gelaran 'The Speedy Jantan'. Tahniah diucapkan kepada anak muda yang baru sahaja berumur 19 tahun ini. 

Namun, semalam ada dua perkara yang menjadi tumpuan netizen. Gelagat dan aksi abang cameraman yang berbaju hijau. Gelagat jurufoto sukan itu menciut hati ramai penonton sama ada di stadium mahupun di kaca televisyen. 


Beliau cuba untuk mengambil gambar sambil mengejar Raja Pecut Asia Tenggara yang sedang meraikan kejayaan. 

Jurufoto tersebut, dengan nama Facebooknya Iskandar Aisyah dikatakan bertugas untuk Bernama. Aksi yang mencuit hati itu bermula apabila jurufoto terbabit melakukan larian pantas sehingga memotong Hafiz Jantan yang sedang meraikan kejayaan sambil membawa peralatan kamera yang berat. 

Dia juga sempat untuk menahan Hafiz untuk seketika tetapi pelari tersebut tidak perasaan. Sekali lagi, jurufoto tersebut mengejar sehingga kaca mata hitam melurut ke mata tapi pantas di naikkan semula. 


Abang 'cameraman' tersebut kemudian memotong sekali lagi pelari tersebut namun Hafiz Jantan membelok ke arah lain. 

Pelbagai aksi dan gelagat abang 'cameraman' ini yang sentiasa tersenyum walaupun sudah pasti akan kepenatan mengejar juara 100m tersebut. 


Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat abang cameraman ini sehingga ada yang minta agar beliau turut diberikan pingat emas untuk acara cameraman terpantas. Saksikan video gelagat jurufoto tersebut yang mencuit hati netizen. 





FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.