Semasa

'Ya Saya Minta Seks, Tapi..' - Ini Penjelasan Gempar Dari Lelaki Bersongkok


Macam-macam hal juga orang sekarang ni. Bak kata orang jangan tengok pada luaran kerana dalam hati tiada siapa yang tahu. Apa yang terjadi pada seorang wanita ini sepatutnya dijadikan iktibar buat semua. 

Walaupun bersongkok dan tetapi perlakuan seperti gila seks. Terbaru, perbualan Whatsapp seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang mencari kerja tersebar di media sosial. Menerusi paparan skrin yang menjadi viral, lelaki tersebut dikatakan sedang mencari seorang pembantu peribadi. 

Lelaki tersebut sempat bertanya soalan yang menjijikan. "Biasa tak dengan lelaki? Bukan apa bila bersama tu kadang-kadang saya ni teringin buat seks." tanya lelaki tersebut. 

Lelaki tersebut juga mahukan seorang pembantu yang berfikiran terbuka dan sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan. Berikut adalah paparan skrin mesej lelaki tersebut bersama wanita itu. 


Sejurus perbualan mereka tersebar di media sosial, netizen mula mengecam dan mencemuh lelaki berkenaan kerana dianggap hanya berlagak alim dengan mengenakan songkok. Perbualan tersebut menjadi viral sehingga sampai ke pengetahuan isteri lelaki berkenaan dan dikatakan isterinya bertindak melarikan diri. 


Lelaki tersebut kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar. Lelaki tersebut yang berusia 54 tahun mengakui gambar dan perbualan itu adalah dari dirinya. Memetik dari laporan Mstar Online tindakan tersebut adalah satu taktik dalam mencari calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya. 

"Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu. Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,"


Lelaki tersebut telah meminta maaf kepada wanita terbabit pada masa itu namun ianya tidak tersebar di media sosial. Mungkin selepas ini kena berhati-hati kerana salah kata mungkin membawa padah. 





Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.