Semasa

‘Adik Tengok Rupanya Sebijik Macam Adik’. Inilah Rakaman Audio Anak Tahfiz Yg Ramai Tak Pernah DENGAR !!!

‘Adik Tengok Rupanya Sebijik Macam Adik’. Inilah Rakaman Audio Anak Tahfiz Yg Ramai Tak Pernah DENGAR !!! | KITA VIRAL – Insiden kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz Ittifaqiyah antara tragedi yang paling meruntun hati netizen. Bayangkan mangsa yang baru berusia linkungan 9-12 tahun terlibat dalam kebakaran ini.

Pelbagai cerita yang menyedihkan selepas insiden ini. Ada yang mendapat mimpi, ada yang menceritakan detik cemas. Semua khabar cerita membuatkan netizen berduka.

Mungkin ramai tak tahu mengenai satu salinan video yang sempat dirakamkan oleh news viral mengenai petunjuk kehilangan anaknya. Ya Allah sebak admin mendengarnya.

Saya ada satu kisah. Baru dapat, masih panas. Kawan saya ustaz jugak Tahfiz jugak…Timbalan Mudir di Sri Iskandar.

Jadi dia buat lawatan ke Tahfiz yang terbakar di Kuala Lumpur. Dia jumpa salah seorang bapa kepada anak yang mati terbakar. Pelajar ni umurnya 11 tahun, darjah 5…dia pergi jumpa ayah budak tu dan dia sembang2.

Ayah budak ni dia cerita, dia kata ustaz…ustaz nak tau tak apa yang berlaku sebelum hari kejadian ? 2 bulan berturut-turut sebelum hari terbakar tu, anak saya berkelakuan pelik.

Apa yang pelik ? Dia kata setiap kali dia balik rumah (kadang2 dia balik sebab ayah dia ambik). Setiap kali dia balik rumah, dia cerita benda yang sama sahaja. Apa yang dia cerita ? Dia kata…(Dia panggil diri dia “adik” lah sebab dia kecik). Dia kata…

“Ayah, tadi dekat sekolah, adik tengah ngaji, tengah2 ngaji tu adik nampak ada orang melintas depan adik” “Adik tak tahu siapa. Dia pakai jubah putih. Adik pandang ke belakang yang lain, semua kawan2 adik ada dalam kelas” “Siapa yang kat luar ?

Adik pun pergi nak tengok budak tu siapa. Rupa2nya dia tunggu kat luar. “Adik tengok2 rupanya sebijik macam adik ! Adik pun tanya dia awak ni siapa ? Kemudian budak yang dia nampak tu berkata “AKU ADALAH ENGKAU, ENGKAU ADALAH AKU”

Budak kecik dia mana faham ! Lepas tu dia tanya “Nama awak siapa?” Nama sama ! Nama sama, jubah sama Muka semua sama…macam kembar” Dia kata kat ayah dia “Adik jumpa kembar adik, Sebijik macam adik”

Ayah dia kata “Eeh, budak mana pulak ni. Budak kembar tu mana ? Ayah dia tanya. Tiba2 anak dia kata “Tu, sebelah ayah, dia tengah tengok ayah” Ayah dia tengok takda… Meremang bulu roma ayah dia kata…aaa…sudahlah…

Tak cukup dengan tu pulak, satu hari satu pagi dia bangun seronok sangat dan beria-ia nak cerita kat ayah dia. “Ayah2x ! Ayah tau tak malam tadi adik pergi mana ? Tak tahu, adik pergi mana tadi ? “Malam tadi adik naik ke langit !

(Ha sudah dah macam Israk Mikraj Pulak, kita dengar pun macam merepek). Tapi budak darjah 5, takkan pandai sangat nak bohong dan kalau dia bohong pulak, cerita tu sama setiap hari. Kalau bohong, boleh jadi hari ni cerita macam ni, esok mesti terpesong lain sikit cerita. Ini tak, tiap2 hari ceritanya adalah sama.

Menunjukkan benda tu betul2 berlaku ! Ayah dia layan anak dia tanya… “Macamana adik naik ke langit ?” “Kembar adik tu ! Dia boleh terbang Dia ada sayap ! Dia pegang tangan adik dia bawak naik atas” “Adik nampak bumi, adik nampak bintang, adik nampak planet”

(Dia kata. Ayah dia layan sambil bawak kereta layankan anak dia) Lepas tu yang keduanya, dia kata mimpi. Yang tadi tu betul2 dia cakap (Yang terbang ke langit).

Nampak satu taman

“Ada satu hari tu adik mimpi, adik nampak ada 1 taman, dalam 1 taman tu ada dewan yang sangat besar” “Adik pun masuk dalam dewan. Takda siapa2, adik seorang je. Takda orang lain, kosong. Cuma…

“Cuma ada gambar2 kat dinding dewan tu. Adik pun tengok gambar2 tu. Rupa2nya semua gambar yang terpapar kat dinding tu adalah wali2 Allah, Ulamak2. Ada nama siap kat bawah gambar tu.

“Lepas tu dia tengok atas, ada lagi tingkat, sebab bangunan tu tinggi. Dia pun naik ketingkat yang atas. Apabila naik ke tingkat atas, adik nampak lagi banyak gambar.

Gambar siapa pulak ayah dia tanya “Gambar2 para nabi. Adik dah tengok dah gambar Nabi Muhammad. Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, nabi Ibrahim…semua adik nampak” Cuma 1 je takda gambar.

Adik tengok frame tu kosong, takda gambar. Adik tengok nama bawah tu “NABI KHIDIR” Gambar Nabi Khidir tu takda.

(Ni saya tak tambah sikit pun cerita ni, saya dapat sebijik2). Lepas tu dia nampak tingkat atas ada lagi…dia nak naik. Tapi apabila dia nak naik, jatuh. Naik, jatuh. Naik, jatuh.

Akhirnya dia menangis. Pastu dia nak naik… bersungguh sangat nak naik tapi tak boleh naik. Akhirnya tiba2 keluar satu cahaya berwarna putih.

Cahaya ni tiba2 bersuara : “Kenapa kamu nak naik?” Dia kata : “Aku nak tau apa yang ada kat atas sana”. Aku nak tengok sangat, teringin sangat…tolonglah bawak aku naik atas. Tiba2 cahaya ini pegang tangan dia tarik naik atas.

LAJU, zus ! naik ke atas. Keadaan dia macam ada awan2 sikit. Dia tak nampak benda lain, dia hanya nampak taman hijau…lepas tu ada seorang budak yang putih mukanya…tengah kena gari.

Tangan kena gari, kaki kena gari. Dia pun tengok je budak tu Lama2 dia tengok budak tu…tiba2 telinga dia hilang. Lepas tu mulut dia hilang. Lepas tu hidung hilang. Last sekali mata hilang.

Lepas mata hilang, dengan badan2 semua sekali hilang. Yang tinggal gari itu sahaja. Lepas tu bila dia cerita kepada ayah dia, Ayah dia pun tanya ustaz2. Ustaz2 semua tak berani nak bagi komen.

Ustaz kata Wallahua’lam, kami tak tahu. “Boleh jadi betul, boleh jadi mainan mimpi sahaja”. Sebab sebelum kejadian, mana nak tau, mana nak agak.

Kemudian 1 mimpi pulak, ini mimpi hari yang nak dekat sangat dengan hari tragedi. Lagi seminggu. Dia mimpi, dia dicampak di tengah2 padang pasir. Dia jatuh di situ… Lepas tu dia bangun. Dia toleh belakang Dia nampak ada 2 lembaga hitam tengah kejar dia.

Lembaga hitam yang menakutkan. Akhirnya dia bangun, dia lari. Lari2…akhirnya dia terjatuh. Dia angkat kepala, dia nampak berdiri di depannya 6 orang pakai jubah warna putih, muka bercahaya.

(Tak nampak mata, tak nampak hidung, tak nampak mulut) Kemudian dia mintak tolong, “Tolonglah saya…lembaga hitam nak kejar saya” Akhirnya 2 orang berjubah putih tu melawan lembaga hitam tu. Lagi 4 pegang tangannya bawa dia tu naik ke atas. Sehinggalah dia tersedar daripada tidurnya.

Itulah kali terakhir dia sembang dengan ayah dia. Lepas tu dia pergi ke sekolah…kemudian berlaku kebakaran

Sebak pulak admin dengar. Semoga syurga tempatmu adik. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Video Rakaman Tersebut :

SumberNews Viral

The post ‘Adik Tengok Rupanya Sebijik Macam Adik’. Inilah Rakaman Audio Anak Tahfiz Yg Ramai Tak Pernah DENGAR !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.