Semasa

"Adira, Azhar Azhael Tak Penuhi Piawaian.." - Juri AF Megastar, Syafinaz Komen Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus

"Adira, Azhar Azhael Tak Penuhi Piawaian.." - Juri AF Megastar, Syafinaz Komen Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus



Dua peserta iaitu Azhar (Azhael) dan Adira telah tersingkir  daripada program AF Megastar semalam.

Mereka berdua merupakan peserta pertama meninggalkan pertandingan itu melalui konsert minggu pertama.

Melalui kiraan markah, Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku mendapat 29.3 peratus markah.

Persembahan Azhar dengan lagu Dalam Gerimis, meraih markah paling rendah iaitu hanya 17.1 peratus yang menyebabkan mereka berada di kedudukkan kedua terendah.

Untuk pengetahuan, juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan manakala 40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat ialah:

- Datuk Ramli MS
- Syafinaz Selamat
- Datuk Norman Abdul Halim.

Peserta paling hebat pada malam itu ialah Syamel yang muncul sebagai pemenang mingguan konsert minggu pertama AF Megastar.

Syamel yang mendapat markah paling tinggi iaitu 58.6 peratus.

Kesemua peserta menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia.
Sementara itu, Syafinaz ketika ditemui berkata, penilaian terendah itu berdasarkan persembahan mereka yang nyata tidak mencapai piawaian AF Megastar.

Ini komen Syafinaz:

"Barisan juri membuat penilaian berdsarkan apa yang mereka persembahkan kepada kita.

"Adira dan Azhar adalah penyanyi yang baik dan itu tidak boleh dinafikan cuma kegagalan mereka memberikan persembahan bertenaga pada malam ini menyebabkan mereka tersingkir,"


Tambah Syafinaz juga memuji beberapa peserta antaranya ialah Marsha:

Ini komennya:

"Marsha adalah contoh terbaik kerana saya pada awalnya bimbang apabila dia mendendangkan lagu Asmara tetapi sangkaan saya meleset apabila dia menampilkan kelainan dalam persembahannya.

"Pada tahap ini kita semua tahu semua peserta boleh menyanyi dengan baik tetapi apakah kelainan yang mampu dilakukan untuk menarik perhatian juri dan penonton,"


AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.