Semasa

“Akhirnya Neelofa Jodoh Saya” - Pendedahan Ahli Perniagaan...Ceritakan Saat Bayangan Wajah Neelofa Hadir Ketika Berdoa Di Mekah

“Akhirnya Neelofa Jodoh Saya” - Ahli Perniagaan...Ceritakan Saat Bayangan Wajah Neelofa Hadir Ketika Berdoa Di Mekah


Ahli perniagaan iaitu Izdihar Rosland akui dia ada terbayang wajah Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam ketika menunaikan ibadah Umrah di Makkah.

Kejadian ini berlaku pada 3 tahun lalu sebelum dia mengenali pelakon popular tersebut.

Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan Neelofa dan kini menjadi realiti.

Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.

Ini komen Izdihar:

"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.

"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.


"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul,"


"Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

"Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.


"Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya,"


Izdihar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Sun Fabulous Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk Chew N' Glow.

Satu majlis telah dibuat di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara untuk melantik Neelofa sebagai duta produk Chew N' Glow.

KOMEN NEELOFA

Neelofa pula memberitahu dia menerima tawaran sebagai duta produk namun tidak mengetahui kisah yang diceritakan Izdihar.

Pengacara MeleTop ini hanya mengetahui perkara berkenaan setelah menerima tawaran menjadi duta.

Ini komennya:

"Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.

"Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.


"Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya,"


Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.