Semasa

Amy Mastura Pura Pura Pengsan Semasa Program Bersiaran

Amy Mastura Pura Pura Pengsan Semasa Program Bersiaran


Amy Mastura kini bakal menyertai racnangan hiburan popular iaiti Super Spontan.

Penyanyi dan pelakon ini bimbang tabiat melatah yang dialaminya tidak dapat dibendung apabila tampil dalam program tersebut.

Katanya, dia akan cuba mengawal keadaannya itu walaupun ia sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku memandangkan rancangan itu bersiaran secara langsung.

malah Amy Mastura memberitahu dia akan berpura pura pengsan semasa program berlangsung jika gagal mengawal 'melatah'.

Ini komen Amy Mastura:

"Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah ketika sedang bertanding.

"Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran!


"Sebenarnya melatah ini di luar kawalan jadi saya tak berani nak janji cuma harap ia dapat dikawal,"


Sementara itu, Amy berkata, dia tidak kisah sekiranya lebih dikenali sebagai pelawak selepas menyertai program itu.

Ini komen Amy lagi:

"Sebenarnya saya bukanlah lawak sangat pun tetapi kalau orang nak kata saya seorang pelawak, saya terima.

"Maklumlah nak jadi penghibur versatil, saya kena cuba semua bidang termasuk lakonan, nyanyian, pengacaraan termasuklah sebagai pelawak,"


Tentang keputusannya untuk menyertai rancangan hiburan itu, Amy memberitahu sokongan daripada teman rapat membuatkan dia memberanikan diri.

Ini pendedahannya:

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima sedangkan sebelum ini saya pernah tolak kerana tiada keyakinan.

"Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya,"



16 selebriti berentap dalam Super Spontan Superstar 2017.

Amy Mastura akan menyertai kumpulan King Musang yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu, Syuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Satu lagi kumpulan ialah Tenggiling Taiko dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Danial, Sharifah Shahirah dan Ozlynn termasuk Acey sebagai ketua.

Super Spontan Superstar 2017 bakal bersiaran secara langsung bermula 8 September, 10 malam di Astro Warna.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.