Semasa

Berani Nyanyi Lagu Siti Di Pentas Pertandingan, Ini Komen Menusuk Kalbu Siti Nurhaliza Kepada Syamel

Ini Komen Menusuk Kalbu Siti Nurhaliza Kepada Syamel


Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah memberi komen khas buat peserta AF Megastar, Syamel.

Ternyata Siti Nurhaliza meluahkan rasa terpesona dan terpukau dengan persembahan Syamel yang menyampaikan lagu Diari Hatimu di pentas AF Megastar.

Siti Nurhaliza menyatakan rasa kagumnya menerusi Twitter, sebaik sahaja Syamel selesai menyampaikan lagu tersebut.

Ini tulis Siti Nurhaliza:

"Oh Syamel nyanyian itu sangat memukau,"


Syamel yang juga naib juara AF2015 mendapat pujian ramai dari para penonton dengan persembahan yang amat bertenaga dan padu.

Mereka juga memuji keberanian Syamel menyanyikan lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu.

Syamel merupakan salah seorang peserta yang berjaya layak ke peringkat seterusnya di pentas AF Megastar.

Ini keputusan penuh AF Megastar yang berlangsung semalam (LIHAT SINI)

Sumber: Twitter CT Nurhaliza

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.