Semasa

"Buktikan Kau Bukan Pelakon Kayu.." - Komen Pedas Beto Kusyairy

"Buktikan Kau Bukan Pelakon Kayu.." - Komen Pedas Beto Kusyairy  


Sekarang ini memang ada pelakon yang digelar 'pelakon kayu'.

Hanya ada beberapa aktor yang benar-benar menjaga hasil karya lakonannya, dan antaranya ialah Beto Kusyairy.

Beto Kusyairy terkenal sebagai pelakon yang mendahulukan karya lakonan berbanding kuantit dan juga populariti.

Pelakon hebat, Beto Kusyairy telah tampil memberi respon tentang 'pelakon kayu' yang melanda industri seni tanah air ketika ini.

Ini komen dari Beto Kusyairy:

"Cuma menjadi masalah saya sekarang ini adalah bila mana orang lebih mengutama populariti instead of kualiti. Bahaya benda ni. 

"Banyak komen dari kawan-kawan yang menyatakan apabila ditawarkan sesuatu watak, borang casting itu sendiri ada klaus yang menyatakan minta 'bilangan follower IG' dan sebagainya"

"Bayangkan macam mana kedudukan orang yang benar-benar berbakat tetapi follower tak ramai

"Saya kadang-kadang jadi marah, tapi saya faham ini soal rezeki. Tapi bila "'artis yang ada follower ramai tapi kurang penghayatan' ini ditawarkan berlakon, janganlah anggap benda tu macam 'okey orang dah ambil aku, aku deliver, okey sukahati je'

"Apa yang diorang kena buat ialah ambil kesempatan itu menimba ilmu dan buktikan kepada orang kat luar itu yang 'aku bukan kayu'

"Kalau kau betul layak bergelar pelakon, buktikan kepada orang kat luar tu yang kau bukan kayu dengan pergi kelas ke, workshop ke..duit dah ada apa salahnya spend sikit supaya orang tak kutuk

Itulah pandangan dari Beto Kusyairy tentang isu pelakon kayu ini.

Kata Beto lagi, dia memang amat memilih tentang karya yang dilakonkannya.

Yang pertama ,dia akan lihat skrip kemudian melihat siapakah pengarah untuk karya tersebut. Beto juga akan memastikan pelakon lain yang terlibat turut serius jika ingin bekerjasama.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.