Semasa

Dihentam Teruk Dakwa Tipu Jual Rumah Murah, Ini Respon Balas Datuk Boy Iman

Dihentam Teruk Dakwa Tipu Jual Rumah Murah, Ini Respon Balas Datuk Boy Iman



Kini memang hangat sedang diperkatakan tentang selebriti dan juga usahawan Dato Boy Iman.

Menerusi Facebook "PW Community", dikatakan  Dato Boy Iman cuba melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes.

PENDEDAHAN DARI PIHAK PW COMMUNITY

Untuk siapa yang tak kenal dengan "PW Community", komuniti ini sering membongkar penipuan yang dibuat oleh beberapa syarikat termasuk menggunakan produk yang dikatakan meragui.

Dalam status page "PW Community", dikatakan DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan menggunakan helah menjual rumah pada harga RM50,000.


Selalunya jenis rumah itu berharga RM200,000 namun Dato Boy Iman hanya menawarkan dengan harga RM50,000.

PW Community turut mendakwa, syarikat Dato Boy Iman itu menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpulkan dana dan menawarkan rumah dengan harga murah sebagai tarikan. 

Ini antara pendedahan PW Community:

“DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga rumah mampu milik, malah ada syarikat lain turut melakukan perkara yang sama sebelum ini iaitu Alfafa.

“Syarikat tersebut juga turut melantik Boy Iman sebagai duta dan kini dia telah menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI Homes,”.

“Apabila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan.


“Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat isu bila keadaan telah jadi serius dan dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ia kukuh bertapak.


“DBI kini hanya pada peringkat permulaan dan kita kena lenyapkan DBI dengan segera supaya masyarakat awam tidak menjadi mangsa,” 


RESPON BALAS BOY IMAN

Sementara itu, Dato Boy Iman memaklumkan dia sudah membaca status yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Pelakon tersebut tampil memebri respon dan  menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik laman Facebook tersebut.

Boy Iman telah mendakwa pengendali laman Facebook tersebut telah dibayar oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan perniagaannya.

Tentang harga yang murah, Boy Iman menjelaskan harga rumah dibina murah kerana pembeli harus memiliki tanah sendiri.


Ini komennya:

"Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.

"Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.


"Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,"


"Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan.

"Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000.


"Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya,"


DBI menajdi viral kerana menawarkan harga yang amat murah. DBI juga telah melantik Nassier Wahab sebagai duta produknya.


Nassier Wahab juga dikatakan mendaoat sebuah rumah dari pihak DBI.



Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.