Semasa

Ini Punca Ramai Sentap Dengan Nabil Buat Kenyataan Perli Fattah Amin

Ini Punca Ramai Sentap Dengan Nabil, Perli Fattah Amin


Baru-baru ini ada artikel menyatakan Fattah Amin menyatakan dia tidak boleh berjemur di panas terik kerana terikat dengan kontrak produk.

Jika terlalu berjemur, ini membolehkan warna kulitnya berubah sekaligus menyukarkannya menajdi duta produk terbabit.

Artikel berkenaan dikeluarkan oleh portal Berita Harian dan menjadi bualan ramai.

Antara yang memberi respon tentang hal ini ialah Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.

Ini komen dari Nabil Ahmad yang dilihat seperti memerli Fattah Amin:

"Fuhh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!!,"



Apabila Nabil menyindir Fattah Amin, ramailah para peminat setia Fattah Amin yang sentap dan bengang.

Ada yang mengatakan Nabil tidak patut menyindir Fattah Amin dan dilihat seperti dengki.

Ini antara komen dari follower Fattah Amin:

"Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini.

"Ada saja nak dengki kat orang wahal orang tu tak pernah kacau orang pun!," tulis pengguna Twitter.

"Haji, bersihkan hati tu... jangan ada sidat dengki dengan orang lain," 

Apapun mungkin Nabil Ahmad hanya bergurau sahaja. Namun gurauan itu tidak dapat diterima sesetengah orang terutama peminat Fattah Amin.

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.