Semasa

Pendedahan Eksklusif: Tauke Raja Lawak Nikah Secara Tertutup

Pendedahan Eksklusif: Tauke Raja Lawak Nikah Secara Tertutup



Tauke dari kumpulan Jambu akhirnya membuat pengumuman akan menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihannya bernama Nadia.

Pelawak ini telah bertunang selama 2 tahun dan akhirnya akan bernikah pada Disember, hujung tahun ini.

Tauke yang kini berumur 40 tahun memberitahu pernikahan akan diadakan dalam keadaan tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Ini pendedahan dari Tauke:

"Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya.

"Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja,"


Pengalaman bertunang selama dua tahun memang penuh cabaran.

Sehinggakan ada khabar angin mengatakan mereka putus tunang.

Namun Tauke bersyukur Nadia seorang yang sabar dan sentiasa berada di sisinya.

Ini komen Tauke lagi:

"Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan. Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita.


"Kami juga melalui fasa pasang-surut dalam hubungan ini, tapi saya bersyukur Nadia seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika saya berhadapan dengan masalah,"


Untuk pengetahuan, Tauke dan Nadia telah bertunang di kediaman wanita itu di Terengganu pada 5 Disember 2015.

Tauke sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan enam cahaya mata.




Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.