Semasa

(TERKINI) Permohonan Faraq Joy Revfa Dan Hafiz Hamidun Ditunda Pula..Ini Puncanya

(TERKINI) Permohonan Faraq Joy Revfa Ditunda Pula..Ini Puncanya



Melalui laporan Oh Bulan, dikatakan permohonan Faraq antara Joy Revfa dan juga Hafiz Hamidun akan ditunda yang sepatutnya berlangsung 14 September.

Punca adalah kerana Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan 19 September depan bagi sebutan permohonan pengesahan pernikahan antara usahawan produk kecantikan, Joy Revfa dan Datuk Ray Imran.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kehakiman Aminullah Baharin, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini (12 September).

Peguam syarie Ismail Mohd yang mewakili Joy berkata, kehadiran beliau bersama anak guamnya itu berkaitan pengurusan kes dan dokumen permohonan pengesahan pernikahan yang difailkan sebelum ini.

Ini kenyataan peguam Joy Revfa tentang kes ini:

"Permohonan pengesahan nikah mereka di Thailand itu akan didengar oleh hakim pada 19 September ini (Selasa minggu depan) sekiranya tiada berlaku sebarang halangan.

"Selepas prosiding itu selesai, satu prosiding lain iaitu berkaitan perceraian pula akan dijalankan," 


"Oleh itu, tugas kita di mahkamah untuk menentukan ia sah terlebih dulu sebelum diteruskan pula dengan prosiding permohonan faraq.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan faraq itu bukan pembubaran pernikahan, tetapi ia perpisahan kehakiman (sementara). Ia tidak seperti yang banyak dilaporkan media sebelum ini,"


Pengurusan mengenai permohonan faraq itu akan dibuat pada Khamis ini.

Sumber: OhBulan

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.