Semasa

Video Baru Fathia Latiff.. Tampil Secara Live, Nampak Leher Pulak

Video Baru Fathia Latiff.. Tampil Secara Live, Nampak Leher Pulak



Fathia Latiff kini diselebungi kontroversi apabila video menari tersebar dan juga kes masalah disiplin sehingga disingkir oleh pihak produksi.

Yang terbaru, Fathia Latiff telah tampil secara live di Instagram dan berinteraksi dengan para followernya.

~Tonton video terbaru Fathia Latiff (DI SINI)

Dia telah menerangkan mengapa dia membuat pengakuan bahawa wanita yang menari dalam video Bigo Natasha Elyzza ialah dirinya.

Ini komen Fathia Latiff:

"Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.

Fathia Latiff kemudian ditanya oleh peminatnya sama ada dia telah bertaubat, ini pula komen Fathia Latiff :

"Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

"Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu. Saya tak mahu berbohong.


"Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap.


"Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya. Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita, pastikan tiada kamera dan sebagainya.

"Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya.


Kemudian apabila diminta supaya belajar menutup aurat dengan betul selepas ini, ini respon dari Fathia Latiff:

"Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.

"Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?:


Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di Bigo Live ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.

~Tonton video terbaru Fathia Latiff (DI SINI)

Ada juga peminat yang bertanya mengapa Fathia tampil secara live menampakkan leher tetapi Fathia Latiff tidak menjawab persoalan tersebut.

Sumber: BeautifulNara

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.