Semasa

Aku Diam-Diam Letak ‘Perakam Suara’ Kat Poket Anak Sebelum Ke Sekolah, Ketika Mendengar ‘Isinya’, Aku Hampir Pitam !!!

Aku Diam-Diam Letak ‘Perakam Suara’ Kat Poket Anak Sebelum Ke Sekolah, Ketika Mendengar ‘Isinya’, Aku Hampir Pitam !!! | KITA VIRAL – Setiap anak adalah buah hati ibu bapa mereka. Ibu bapa mana yang akan berdiam diri bila mengetahui anaknya diperlakukan dengan kejam di sekolah?

Kejadian seorang guru menganiaya anak muridnya sudah kerap terjadi, termasuk dimana-mana tempat. Kali ini, seorang ibu di China mengetahui bahawa anaknya dianiaya oleh guru sendiri.

Cara bagaimana ibu ini mengetahui anaknya dipukul di sekolah melalui hasil perakam suara yang dia letakkan secara diam-diam di poket seragam anaknya.

Pada awalnya, ibu Zheng merasa aneh. Ia melihat anaknya pulang dari sekolah dengan mata merah dan bengkak seperti baru habis menangis.

Anaknya terus merengek, “Besok tak mahu ke sekolah!” Pada awalnya, ibu Zheng menyangka buah hatinya itu hanya belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Oleh kerana itu dia tidak terlalu syak apa-apa dan tetap menghantar anaknya ke sekolah setiap hari.

Sehari ke dua hari, anaknya pulang sekolah bukan hanya menangis namun juga mengadu, “Guru pukul saya! Sakit! Saya tak mahu ke sekolah!”

Ia baru mengetahui kalau anaknya mengalami penganiayaan di sekolah. Untuk itu, dia pun diam-diam menaruh perakam suara di dalam poket seragamnya. Apa yang dia dengar kemudian membuatnya sentap marah besar!

“Mulutnya tutup! Dengar tak! Siapa yang bersembang tak boleh makan!

Lihat apa lihat!?

Duduk! Disuruh duduk tak mahu duduk!

Disuruh pakai baju tak pandai pakai ya!?

(Pukul) Nangis lagi!

(Pukul) Buat apa nangis!? Nangis lagi aku usir kamu!”

Suara pukulan terdengar sangat jelas. Siapapun yang mendengar pasti mengetahui itu adalah suara anak dipukul.

Setelah itu, ibu Zheng membuat laporan dan menunjukkan bukti rakaman pada pihak sekolah, guru yang bernama Liu tersebut dipanggil segera.

Ekspresinya wajahnya gugup. Awalnya dia menyalahkan si anak itu, “Anaknya terlalu nakal, susah dikawal!” Dia mengaku dia gagal mengatur emosinya dengan baik dan melampiaskannya pada anak.

Tetapi dia menyangkal bahawa dia memukul si anak. Suara pukulan yang terakam adalah suara tangannya menepuk tangan dan memukul meja, bukan memukul anak. (Alasan saja)

Lebih parahnya lagi, pihak sekolah pun selama ini tidak tahu apa yang diperbuat oleh guru Liu. Ibu Zheng pun mengambil tindakan memindahkan anaknya dari sekolah hari itu juga.

Dia sudah tidak percaya lagi pada sekolah itu. Bagaimana pihak sekolah boleh sampai tidak tahu dan sewenangnya menggajikan guru yang menggunakan kekerasan dalam mendidik anak muridnya?

Bagaimana ibu bapa mempercayai anaknya pada sekolah yang seperti itu?

Setiap ibu bapa yang mengalami kejadian seperti ini pasti akan marah! Anak diperlakukan seperti itu di sekolah atau dibuli oleh teman-teman sekelasnya adalah tanpa pengawasan.

Sebagai ibu bapa, yang boleh dilakukan hanyalah bertanya dan memperhatikan keadaan anak ketika pulang dari sekolah. Setiap anak adalah buah hati yang harus dijaga dengan baik.

Kredit : Cerpen

The post Aku Diam-Diam Letak ‘Perakam Suara’ Kat Poket Anak Sebelum Ke Sekolah, Ketika Mendengar ‘Isinya’, Aku Hampir Pitam !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.