Semasa

"Hari Ini Saya Ingin Luahkan Sesuatu..." - Luahan Hati Adik Perempuan Benjy, Buat Ramai Sayu



Pelakon yang mempunyai bakat besar, Benjy telah disahkan dipenjara selama 11 tahun di Indonesia.

Selain dipenjara, Benjy juga didenda sebanyak RM300 ribu kerana membawa 'barang terlarang'.

Memang sedih melihat apa yang berlaku ke atas anak arwah Azean Erdawati ini. Kita tidak tahu apa yang berlaku sehingga Benjy boleh terjebak dengan perkara seperti ini.

Bakatnya yang hebat, jika digilap sudah pasti memperlihatkannya setanding dengan pelakon gred A di Malaysia.

Namun ini pula yang terjadi. Sebagai pemerhati industri seni, ramai yang berasa sedih melihat keadaannya tetapi bagi ahli keluarga sudah tentu lagi kecewa dan tidak dapat dibayangkan perasaan mereka.

Ahli keluarga dan teman rapat Benjy dilihat mengambil pendekatan berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan.

Namun semalam, adik kepada Benjy iaitu Elza tampil menulis nukilan hatinya atas apa yang berlaku keatas abangnya itu.


Antara isi kandungan tulisannya itu berbunyi:

"Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya. 
"Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,"

Ini luahan hati penuh dari Elza:

Breaking My Silence on Ben.

Previously, I refrained from making a statement.
But today I feel compelled to say something.

Ben, for all his flaws and mistakes, is my blood.
He was the brother that cared for me and my sister when my parents were out working.
From very young he had to be the man of the house and gave up his childhood playtime with friends so that he could look after us.

Ben, for all his shortcomings and bad decisions, is my brother.
He was the one to protect me when I needed it, he was his sisters’ shield.
I felt a little braver, knowing he was my brother.

Ben, for all his missteps and wrongdoings, is my family.
And no matter how many years, not fourteen not Eleven,
Will ever break our bond as siblings everlasting.

I do not define Ben by his mistakes.
I love him as my brother.
I forgive him as my family.
He has a long way to go to make amends,
But I, as his sister, will be there till the end.

Ramai yang bersimpati kepada keluarga Benjy di atas yang berlaku. Semoga mereka kuat menghadapi dugaan ini.

Diharap perkara ini juga menjadi pengajaran dan ikhtbar buat semua.

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.