Semasa

"Kenyataan Bodoh Ewal!" - Mona Syamimi Ada Bukti Ewal AF Yang Menganggunya



Ketika Shahir menjadi tumpuan dalam kontroversi denagn pramugari bernama Mona Syamimi, soerang lagi peserta AF Megastar iaitu Ewal turut mendedahkan bahawa dia pernah hampir diperangkap wanita ini.

Kenyataan Ewal AF itu membuatkan Mona Syamimi terkejut apatah lagi Ewal mendedahkan Mona Syamimi menggunakan modus operandi yang sama dengan Shahir iaitu mesej melalui Instagram dan mengaku peminat setia.

Ekoran pendedahan panas dari Ewal AF itu, Mona Syamimi sebelum ini berkata dia tidak ada hati langsung dengan Ewal, malah penyanyi itu bukan taste nya.

Selain itu Mona Syamimi ternyata berang dengan kenyataan Ewal itu dan menggelarkannya sebagai 'bodoh'.

Pramugari Firefly ini juga tidak teragak-agak untuk menunjukkan bukti Ewal pernah menganggunya sebelum ini.

Ini kenyataan terbaru Mona Syamimi: (HarianMetro)

"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.

"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahu kalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.

"Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggu saya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami,"

Dikatakan gangguan dari Ewal itu menjadi punca dia dan kekasih lamanya berpisah.

Sementara itu, melalui laman Ig, Mona Syamimi ada meluahkan rasa marah dengan seseorang yang mungkin Ewal.

Mona kecewa kerana kes ini dah hampir tamat tetapi isu baru pula yang muncul.

Ini luahan Mona Syamimi:




Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.