Semasa

(PANAS) Aeril Zafrel Buat Laporan Polis Terhadap Seorang "Datuk"

(PANAS) Aeril Zafrel Buat Laporan Polis Terhadap Seorang "Datuk"



Pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah membuat report polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Ini kerana Aeril Zafrel mendakwa ahli perniagaan itu telah menipu mereka sebanyak RM100,000 sejak Mac 2016.

Aeril Zafrel mendedahkan wang itu merupakan modal yang diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu adalah bertujuan untuk bisnes.

Pasangan selebriti ini mahu menghasilkan produk minyak wangi keluaran mereka dari ahli perniagaan tersebut.

Namun malangnya, ahli perniagaan itu gagal menyiapkan produk tersebut dan terus senyap.

Malah, Aeril Zafrel tidak dapat menghubungi dan menghantar mesej kepada Datuk berkenaan.

Ini komennya:

"Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.

"Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap,".

"Selepas beberapa bulan mendesak, dia bersetuju memulangkan semula wang saya dengan memberikan cek pada awal tahun ini. Malangnya, apabila saya cuba menukarnya di bank saya dapati ia cek tendang.

"Saya difahamkan daripada beberapa bekas pekerjanya, wang saya itu digunakan untuk perkara lain,"

"Saya ada menghubungi isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubunginya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami.

"Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. 

"Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini. 

"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas,"

Aeril Zafrel telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 1 Oktober.

Semoga Aeril Zafrel tabah hadapi dugaan ini dan kes ini dapat diselesaikan.

Sumber: Metro

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.