Semasa

"Tak perlu buat muka panik" - Komen Izara Aishah Apabila Siti Nurhaliza Mengandung



Kini satu Malaysia telahpun mengetahui khabar bahawa Siti Nurhaliza telahpun disahkan mengandung 4 bulan.

Minggu lepas, penyanyi ini telapun membuat sidang media untuk memberitahu perkhabaran gembira ini.

Dalam perkembangan lain, ada yang ingin tahu apa reaksi bakal menantu Dato K dan Siti Nurhaliza iaitu Izara Aishah setelah Siti mengumumkan berita ini.

Dalam perkongsian terbarunya, Izara Aishah menucapkan syukur kerana perkara ini diketahui umum.

Apabila perkara ini dikongsikan kepada umu, Izara Aishah berkata dia tidak lagi perlu membuat wajah panik apabila diajukan soalan 'adakah Siti mengandung?'.

Dari caption yang ditulis, nampaknya gayanya Izara Aishah telah mengetahui hal itu lebih awal namun tidak dapat memberitau kerana ianya adalah rahsia keluarga.

Ini komen Izara Aishah:

"Sekarang semua dah tau, alhamdulillah. Saya dah tak perlu buat muka panic tak tau macam mana nak jawab bila orang tanya saya."

Izara Aishah juga memuat naik gambar bersama Siti Nurhaliza di laman IG miliknya.

Ini gambarnya:



Siti Nurhaliza kini mengandung 4 bulan setelah menerima rawatan dari sebuah pusat fertiliti swasta.

Penyanyi tersohor ini akan memberi tumpuan utama kepada kandungannya dan berehat dari industri hiburan buat seketika.

Sementara itu, beralih kepada perkembangan Izara Aisha pula, dia dan tunangnya, Adib Khalid mengumumkan akan bernikah pada bulan November ini.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pertunangan pada bulan Julai yang lalu.

Nampaknya pelbagai berita baik buat keluarga Dato K. Semoga semua perancangan berjalan lancar dengan izinNya.




Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.