Semasa

Tilam Lama ‘Masih Terlihat Elok & Bersih’, Tapi Sekali Dibuka, Ternyata “Isinya” Di Luar Dugaan !!!

Tilam Lama ‘Masih Terlihat Elok & Bersih’, Tapi Sekali Dibuka, Ternyata “Isinya” Di Luar Dugaan !!! | KITA VIRAL – Satu pertiga dari kehidupan seseorang dihabiskan di tempat tidur. Setiap hari kita juga akan menggunakan tilam untuk rehat dalam waktu yang lama.

Tapi sebenarnya apa sebenarnya yang ada didalam tilam? Jom lihat apa yang sebenarnya ada pada lapisan tilam.

Mestipun tilam sudah digunakan selama 10 tahun, tapi dari luar kelihatannya masih bagus, elok dan bersih, sama sekali tidak ada kerosakan.

Tapi walaupun begitu bahagian dalam tilam jika dibuka, mesti kelihatan bersih, ternyata ‘spring’nya sudah berkarat.

Jika dilihat dengan alat pengesan dengan amplifikasi (perbesaran) hingga 40 juta kali, kelihatan gambar yang sangat mengerikan; Di skrin alat pengesan itu kelihatan telur-telur serangga dan tungau yang bersarang disana.

Jadi, jangan berfikir tilam yang kelihatan bersih dan baik-baik saja, tidak ada bakteria dan tungau yang hinggap.

Oleh kerana itu, membersihkan tilam secara teratur adalah hal yang sangat penting. Untuk diketahui, sebuah tilam yang sudah digunakan selama 3 tahun, dan tidak dibersihkan.

Maka paling tidak ada 1 milion bakteria yang bersarang disana. Jika tilam sudah digunakan lebih dari 10 tahun, maka sebaiknya ganti tilam dengan yang baru!

Bagaimana membersihkan tilam yang tebal dan berat?

Membersihkan tilam sebenarnya cukup mudah. Dengan penyedut debu (vacuum) pun boleh dilakukan.

Dengan vacuum cleaner, semua kotoran yang disedut boleh kelihatan.

Perhatian! Jika ditemui ada celah atau cekungan di tilam, maka lebih hati-hati dalam membersihkannya, kerana pasti banyak kotoran yang menyelinap disana.

Kotoran seperti debu boleh dilakukan dengan cara itu.

Sekarang dalam menghadapi kotoran yang menampal pada tilam. Kotoran itu sendiri terbahagi menjadi kotoran protein, minyak, darah, peluh, bekas tumpahan teh atau jus.

Dalam membersihkan kotoran protein, gunakan air sejuk, tekan-tekan bahagian yang terkena kotoran dengan lap. Kemudian keringkan dengan lap kering.

Untuk membersihkan kotoran darah yang masih baru, boleh gunakan halia.

Dengan menggunakan halia, maka kotoran akan terlepas, selain itu halia juga berguna untuk memutihkan. Setelah di titis air halia pada kotoran dengan lap basah (air sejuk). Kemudian keringkan dengan lap kering atau tekapkan kertas.

Jika kotoran darah sudah lama, ganti bahan dengan menggunakan lobak merah.

Tambahkan garam terlebih dahulu pada lobak merah.

Kemudian buat cairan lobak merah dan lap pada bahagian yang berkotoran (juga dengan air sejuk). Darah mengandungi hemoglobin adalah bahan pewarna utama dari darah.

Sedangkan lobak merah mengandungi banyak beta karoten yang akan meneutralisasi ion besi pada darah dan menghasilkan zat tidak berwarna.

Untuk mengatasi kotoran lainnya, disarankan agar menggunakan bahan penghilang kotoran. Gunakan hidrogen peroksida dan detergen dengan perbandingan 2:1, campurkan hingga rata, maka sudah boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran.

Titiskan cairan pada kotoran pada tilam, lalu gunakan berus gigi dan berus secara perlahan-lahan.

Biarkan selama 5 minit, kemudian baru lap dengan kain basah (air sejuk), maka kotoran pun hilang!

Kerana tilam tidak boleh dibiarkan basah, maka gunakan kipas angin untuk mengeringkannya. Pastikan tilam sudah kering sebelum kamu menggunakannya lagi.

Setelah kotoran hilang, hal terakhir yang dilakukan adalah menggunakan baking soda.

Taburkan baking soda ke atas tilam, tunggu selama 30 minit, kemudian baru disedut dengan “vacuum cleaner”.

Sekarang tilam pun jadi bersih kan! Untuk memanjangkan penggunaan tilam, anda boleh membalikkan tilam setiap 3 bulan sekali. Dan anda juga boleh menggunakan penutup atau cadar tilam.

Tilam pun menjadi seperti baru dan boleh dipakai bertahun-tahun!

Cara memelihara tilam sehari-hari:

1. Sebaiknya buang lapisan plastik atas tilam ketika membeli tilam yang baru,jangan berfikir bahawa tidak dibuang maka tilam menjadi lebih bersih.

Tapi sebenarnya, dengan membuangkan lapisan itu maka tilam baru boleh “bernafas”. Jika anda tidak membuangnya, malah akan menyebabkan munculnya bakteria dan tungau.

2. Membalikkan tilam secara berkala. Tilam yang baru dibeli, sebaiknya dibalik-balik setiap 2-3 bulan (untuk 1 tahun pertama).

Selanjutnya, balikkan tilam setiap 6 bulan sekali. Tapi perhatikan juga jenis tilam milik anda, jika bahagian atas dan bawah tidak sama, maka tidak boleh dibalikkan.

3. Setiap bulan gunakan vacuum cleaner untuk membersihkan tilam, sehingga debu dan tungau tidak bersarang disana.

4. Tidur dengan posisi kepala dan kaki yang berganti-ganti juga boleh memanjangkan usia tilam.

5. Jangan duduk dihujung bucu tilam, kerana 4 bahagian bucu tilam adalah yang paling rapuh. Oleh kerana itu, jika duduk di bucu tilam dalam waktu yang lama, akan mengakibatkan “spring” tilam cepat rosak.

Cukup mudah kan caranya? Jom kongsikan pada teman-teman anda biar makin banyak yang tahu dan boleh belajar, sehingga terhindar dari bakteria dan tungau!

Sumber: how

The post Tilam Lama ‘Masih Terlihat Elok & Bersih’, Tapi Sekali Dibuka, Ternyata “Isinya” Di Luar Dugaan !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.