Semasa

Tindakan Fathia Latiff Dikecam Teruk, "Memang Fathia Nak Tunjuk Bodoh Ke Untuk Popular"



Tak habis lagi tentang kisah Fathia Latiff yang penuh kontroversi sejak akhir-akhir ini.

Pada mulanya terlibat dalam video Bigo menari bagai dengan rakan-rakan, kemudian buat hal di set penggambaran sehingga telah disingkirkan dan isu memakai tudung yang tak sempurna samapai nampak leher dan rambut.

Memang banyak isu yang melanda Fathia Latiff.

Kali ini ada satu lagi isu yang membuatkan netizen angin dengan Fathia Latiff.

Belum habis lagi reda isu terdahulu, nampaknya Fathia Latiff sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas mengeluarkan satu kenyataan di Twitter.

Fathia Latiff membuat tweet seperti tidak berpuashati dengan kenyataan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu rakyat Malaysia melakukan transaksi jual beli tanpa tunai (cashless) menjelang tahun 2050.

Namun, Fathia Latiff mengambil makna cashless sebagai "tiada duit" dan menggunakan konsep tukar barang seperti zaman batu.

Fathia Latiff  bertanya adakah menteri KJ mahu rakyat Malaysia kembali ke zaman dahulu dengan menggunakan sistem barter.

Ini komen Fathia:

Kite nak jadi mcm zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takutttttttttttt 



Sebenarnya cashless ini bermaksud tidak gunakan wang kertas secara tunai sebaliknya menggunakan credit card atau debit card.

Alamak aih, memang satu kenyataan yang silap dari Fathia Latiff .

Kenyataan Fathia Latiff  itu menerima reaksi dari pengguna Twitter yang rata rata menyifatkan Fathia Latiff sebagai bodoh dengan mengeluarkan ayat sebegitu.

Fathia Latiff bagaimana pun mengeluarkan lagi satu kenyataan yang mengatakan maksud cashless itu luas dan media sepatutnya lebih jelas dalam memberikan gambaran sebenar dalam tajuk berita.



Oh tidak, disebalik meminta maaf dan akui kesilapan, Fathia Latiff  seperti bermain api.

Adakah Fathia Latiff memang tidak tahu apa maksud sebenar cashless atau beliau memang berlagak bimbo untuk meraih populariti sekali lagi, itulah antara pertanyaan dari orang ramai.





Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.