Semasa

"Zahirah Macwilson Perangkap Saya" - Kamal Adli Buat Pendedahan, Zahirah Sangat Biadap, Putar Belit



Ini satu lagi kisah tentang isu kontroversi panas yang melanda Kamal Adli, Emma Maembong dan juga Zahirah Macwilson.

Sebelum ini Zahirah Macwilson membuat satu pendedahan mengejutkan apabila memuat naik perbualan whatsapp antaranya dengan Kamal Adli.

Zahirah Macwilson berkata dia telah menajdi badut dalam perselisihan antara Kamal Adli dan juga Emma Maembong.

Berbicara tentang perbuatan Zahirah Macwilson itu, Kamal Adli mendakwa pelakon yang juga kekasih Zul Ariffin itu telah memutarbelitkan kenyataan.


Kata Kamal Adli lagi dia buat seperti itu seolah-olah mahu membunuh kerjaya dan menghancurkan hubungan dia dengan Emma Maembong.

Kamal Adli mendakwa Zahirah Macwilson telah memerangkap dirinya menerusi mesej perbualan dan memuatnaik paparan skrin berkenaan di laman Instagramnya.

Zahirah Macwilson yang merupakan pelakon utama dan gandingan Kamal Adli dalam drama Duda Pujaan Dara dikatakan terlalu banyak cerita yang diputarbelitkan hingga menyebabkan dia kelihatan seperti lelaki mata keranjang.


Ini pendedahan Kamal Adli:

"Saya kecewa dengan sikap Zahirah yang memusing cerita. Zahirah memerangkap saya dengan menghantar mesej pada malam Selasa lalu. Saya tidak menyangka perbualan kami dijadikan perangkap untuk dimuatnaik di laman Instagramnya.

"Apa yang Zahirah mahukan? Tindakan Zahirah sangat biadap. Menghantar mesej untuk memerangkap saya, adakah itu (tindakan) bijak?"

Walaubagaimanapun, Kamal Adli akui hanya sekali memetik nama Zahirah dalam mesej yang pernah dibaca Emma Maembong.

Walaubagaimanapun, Kamal sudah pun meminta maaf tentang hal itu. Malah, Kamal selalu mempertahankan Zahirah dan tidak pernah memburukkannya sebelum ini.


Ini komen Kamal Adli lagi:

"Saya sering mempertahankannya kerana saya tahu, Zahirah tidak mahu kehilangan kekasihnya, Zul Ariffin. Saya bermati-matian mempertahankannya di hadapan Zul.

"Dalam mana-mana program hiburan atau akhbar, pernahkah saya muncul dengan memetik nama atau memburukkan Zahirah?"

Bagi Kamal Adli, sepatutnya Zahirah Macwilson perlu berdiam diri dan tidak bersikap menangguk di air yang keruh, semata-mata untuk meraih perhatian.


Ini jelas Kamal:

"Kami semua pernah tiga kali bersemuka dan pada pertemuan terakhir, Zahirah memberitahu Emma, saya terhegeh-hegeh mendekatinya.

"Saya terkejut dengan kata-katanya, sedangkan sebelum itu, saya sudah berpesan kepada Zahirah jangan memutarbelitkan perkara sebenar.

"Saya menyelamatkan hubungannya dengan Zul dan saya harap, dia juga menyelamatkan hubungan saya dengan Emma.

"Saya mahu dia jujur, tetapi Zahirah tidak langsung mempertahankan saya. Saya bergaduh besar dengan Emma hingga dia minta putus,"

Itulah pendedahan terbaru dari Kamal Adli tentang isu yang melandanya ketika ini.

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.