Semasa

Elyana Terima Teguran Tentang Isu Berhijab Dari Peminat.

Baru-baru ini penyanyi Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu.Pengumumannya itu membuatkan ramai yang bersedih serta terkejut dengan berita itu.

Namun dengan itu ada juga yang tidak berapa sensitif mengenai derita orang apabila penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.Ada juga sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain.

FACEBOOK HERBAL RIMBA
 


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.