Semasa

Fattah Amin Dan Fazura Nikah Semalam, Ini 3 Spekulasi Perkara Sebenar Yang Berlaku..



Memang agak kecoh semalam apabila ada berita mengatakan pasangan pelakon popular Fazura dan Fattah Amin dikhabarkan telah bernikah semalam.

Banyak ura-ura mengatakan satu majlis 'rahsia' telah diadakan di rumah nenek Fazura malam tadi.

Apabila pihak wartawan hadir ke destinasi itu, memang ada khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga hadir.

Kehadiran keluarga dan teman rapat pasangan ini sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung itu?

Namun, setelah menyedari kehadiran wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu, malah menutup pintu pagar.

Setiap kereta yang lalu ditahan sebelum dibenarkan masuk. Berkemungkinan ia bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan.

Apabila dihubungi, rakan baik dan pengurus pasangan pelakon ini tidak mahu menceritakan apa yang berlaku dan majlis apa yang sedang berlangsung.

Sementara itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu telah berkahwin semalam.

Ini komen Acha:

"Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,".

"Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,"

Oleh kerana tiada penjelasan lanjut, ada 3 spekulasi tentang perkara yang mungkin berlaku.

SPEKULASI 1: Hanya majlis kenduri doa selamat, atau kesyukuran.

SPEKULASI 2: Fattah Amin dan Fazura telah bernikah semalam dalam acara majlis tertutup

SPEKULASI 3: Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Itukah 3 cerita spekulasi yang dikatakan mungkin berlaku ketika ini. Pada hari ini, pasangan ini dikhabarkan akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama.

Selain itu, di laman media Instagram, ramai para follower yang memberi komen untuk bertanya tentang hal ini.

Untuk pengetahuan, hubungan rapat antara Fazura dan Fattah Amin mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.