Semasa

Ini Komen Siti Nordiana Apabila Tak Layak Ke Anugerah Juara Lagu (AJL32)



Muzik-Muzik separuh akhir dah pun tamat. 12 lagu telah berjaya melangkap ke peringkat seterusnya dapat beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 32.

Edisi kali ini, boleh dilihat penyanyi baru menguasai pentas Anugerah Juara Lagu 32, dan boleh dikatakan hanya tiga penyanyi senior layak ke AJL iaitu Altimet, Hazama dan juga Dayang Nurfaizah.

Antara nama besar yang gagal layak ke Anugerah Juara Lagu ialah juara Gegar Vaganza musim kedua iaitu Siti Nordiana.

Nampaknya ramai para penonton dan peminat Nana yang kurang berpuas hati apabila penyanyi kesayangan mereka dan beberapa penyanyi senior yang lain tidak tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-32.

Malah mereka turut mempersoalkan mengapa kebanyakan penyanyi baru yang mendominasi pencalonan tersebut dan menyoalkan adakah penyanyi lama sudah hilang taringnya.

Pihak wartawan dari Media Hiburan ada mencari Siti Nordiana yang mesra disapa Nana untuk mendapat komennya setelah gagal ke Anugerah Juara Lagu kali ke 32 ini.

Menjawab dengan penuh tenang dan penuh redha, Nana dilihat menerima apa sahaja keputusan dari pihak juri walaupun sudah berhempas pulas memberikan persembahan terbaik di pentas separuh akhir Muzik Muzik.

Kata Siti Nordiana, ini semua bergantung pada rezeki masing-masing.

Tambah Siti Nordiana, dia akui  penyanyi baru mempunyai aura mereka yang tersendiri.


Ini komen Siti Nordiana:

"Bagi saya sebagai seorang artis senior, saya akur dan terima semua ini dengan terbuka. Ya, mereka sangat bertuah kerana baru masuk industri terus dapat kejayaan tahap seperti ini.

"Kalau diikutkan seior lain semuanya terpaksa berkerja keras kadang-kadang dua tiga kali mencuba untuk ke tahap itu, namun ada juga yang gagal.

"Saya tidak menolak, artis baru ini tidak kurang hebatnya. Mereka ada aura mereka yang tersendiri dan sangat bertuah kerana kini ada platform media sosial, tidak seperti kami.

"Sungguh pun begitu saya harap mereka buat yang terbaik dan jangan sia-siakan kelebihan dan peluang yang ada.

"Kami sebagai senior tetap akan meyokong artis-artis baru. Lagipun benda ni adat bertanding. Ada menang ada kalah. Jadi tiada masalah. Lagi-lagi ini pertandingan juara lagu bukannya penyanyi, jadi yang dinilai itu bukanlah sekadar pernyanyi sebaliknya potensi lagu juga dititik beratkan"

Di tanya lagu pilihan Siti Nordiana yang dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu, Nana telah memilih lagu Jampi nyanyian Hael.

Ini penjelasan Siti Nordiana:

"Bagi saya semua okay, tetapi yang paling melekat di hati ialah Jampi, kerana arrangement muziknya membuatkan saya rasa seperti ia diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi"

Itulah penjelasan dari Siti Nordiana yang menerima dengan hati terbuka walaupun terkandas di peringkat separuh akhir Muzik-muzik.


Sebelum ini, kecoh apabila Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa selepas gagal layak ke AJL32.

Malah Ayda jebat ada menyebut seperti juri tidak menyukainya dan adanya politik yang menyebabkan dia gagal.

Sumber: Media Hiburan

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.