Semasa

Pendedahan Mengejutkan, Zul Ariffin Keluar Bersama Bekas Kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai



Ketika ini, hubungan Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson dikatakan goyah kerana isu yang melanda Zahirah Macwilson dan pelakon Kamal Adli.

Apabila kisah percintaan antara Zul Ariffin dan Zahriah MacWilson didakwa bermasalah, timbul pula kisah baru apabila ada gosip terkini melibatkan Zul Ariffin dengan bekas kekasihnya.

Dikatakan hubungan aktor itu dengan individu yang pernah dikaitkan sebelum ini kini telahpun bertaut semula.

Gosip hangat mengatakan bahawa Zul Ariffin telah kembali menyelami cinta dengan bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Desas desus ini mula timbul apabila pasangan ini dilihat muncul di kampung halaman Zul Ariffin di Taiping, Perak beberapa hari lalu.

Zul Ariffin terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping.

Penerbit filem terbaru Mamat Khalid itu pula ialah Gayatri Su-Lin Pillai.

Gayatri Su-Lin Pillai dan Zul Ariffin dikatakan menghabiskan masa terluang bersama selepas peminat terserempak mereka keluar berdua.

Menerusi portal hiburan mStar, seorang saksi yang juga peminat Zul Ariffin telah menyatakan bahawa dia terlihat pasanagn ini keluar bersama.


Ini pendedahan dari seorang peminat Zul Ariffin:

"Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri,"

Ini gambar kereta yang dikirim oleh peminat kepada portal hiburan mStar Online.

Kata peminat itu, dia nampak Zul dan Gayatri Su-Lin Pillai di sebuah hotel keluar bersama menaiki kereta Mercedes hitam dipandu oleh Zul Ariffin.

Hotel berkenaan merupakan tempat pelakon, kru, dan pihak media yang membuat liputan tentang filem berkenaan.

Menurut mStar, tidak dapat dipastikan adakah hubungan mereka ketika ini sebagai rakan sesama industri atau merke kembali menjalin cinta.

Diimbas kembali, Zul Ariffin pernah bcinta dengan penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai pada tahun 2012.

Namun hubungan Zul dan Gayatri Su-Lin Pillai telah terputus di tengah jalan. Walaupun hubungan putus, hubungan Gayatri Su-Lin Pillai dengan keluarga Zul amat baik.

Gayatri Su-Lin Pillai pernah tampil bersama ibu Zul Ariffin dalam satu majlis.

Untuk pengetahuan, Gayatri Su-Lin Pillai merupakan seorang individu yang amat hebat dan bukan calang calang orangnya.

Banyak filem yang telah diterbitkannya dan antara yang popular ialah filem KL Menjerit, Laila Isabella, Trauma, Zombi Kampung Pisang, Anak Halal, Apokalips X, Polis Evo dan J Revolusi.



Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.