Semasa

Pengumuman Rasmi: Abam Bocey Umum Kahwin 8 Disember Ini.. Tahniah!



Pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam akhirnya bakal mengikuti langkah Fad dan Achey.

Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.

Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya denagn gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.

Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.

Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.

Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.

Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).

Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.

Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.

Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:


Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.

Ini komen Abam:

"Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri"

Memang seorang anak yang baik Abam ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.

Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!

Sumber: BeritaHarian




Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.