Semasa

Respon Raja Azura Tentang Komen Datuk Ramli MS, Dedah Punca Tersingkir



Ahad yang lalu, minggu ketiga Gegar Vaganza telah berlangsung dengan tema 'Berani Cabar Diri'

Peserta dikehendaki membawa lagu yang bukan kebiasaaannya dibawa.

Pada malam itu, Raja Azura akhirnya telah tersingkir setelah mengutip markah terendah yang seterusnya melenyapkan hasrat dia untuk terus kekal dalam pertandingan itu.

Tetapi ramai yang tak tahu sebenarnya Raja Azura nyaris-nyaris boleh kekal dan perbezaan markah dengan Elyana amat sikit.

Raja Azura mendapat markah paling rendah iaitu 61.2 peratus manakala penyanyi Elyana pula kedua terendah dengan markah 61.4 peratus. Perbezaan hanyalah 0.2 peratus sahaja.

Ketika persembahan Raja Azura itu, juri Hetty Joes Endang memebri komen yang amat positif dan menyukai persembahan Raja Azura.

Namun kemudian, Datuk Ramli MS memberi komen bahawa Raja Azura gagal menyanyi dengan baik dan ada yang tidak sampai.

Menjawab komen Ramli MS itu, Raja Azura menceritakan, dia mengalami batuk tanpa henti sebelum memulakan persembahan pada malam konsert Gegar Vaganza minggu ketiga pada Ahad.

Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku berkata sehari sebelum konsert berlangsung dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan baik.

Ketika rehearsal, Raja Azura dipuji membawa lagu tersebut dengan baik. Namun begitu, masalah mula timbul apabila malam persembahan.

Ini penjelasan Raja Azura:

"Saya batuk tak berhenti di belakang pentas sebelum persembahan. Sampaikan saya tidak boleh bernafas.

"Benda nak jadi kan dan itu adalah dugaan. Saya perlu teruskan melakukan persembahan. Sebab itu ada bahagian vokal saya terpaksa tarik nak tahan batuk.

"Kalau ikutkan ketika sehari sebelum konsert bermula saya nyanyi boleh katakan sempurna tanpa komen daripada juri,"

Itulah pendedahan dari pengacara hebat ini tentang persembahannya pada malam itu. Jika Raja Azura sihat, mungkin dia dapat nyanyikan dengan lebih baik, dan mungkin akan berjaya kekal.

Selain itu, Raja Azura berkata, sebagai anak seni yang sudah lama berada dalam industri dia hanya jujur menyampaikan persembahan.

Ini komennya:

"Kita dah lama dalam industri seni dan pelbagai cabaran yang saya lalui. Seni itu halus dan jujur apabila kita berada di atas pentas.

"Kita jujur untuk menghiburkan orang. Saya jujur dari hati dan tidak ada niat nak mengalahkan sesiapa pun.

"Pertandingan itu adalah adat tapi persembahan saya sememangnya ikhlas untuk menghiburkan semua orang yang menonton,"

Setelah menyertai Gegar Vaganza, Raja Azura tidak ada rancangan untuk menerbitkan single mahupun album selepas ini.

Tetapi kata Kak Engku,  dia akan  menerima jika ada sebarang tawaran untuk persembahan di acara atau majlis korporat.

Jom baca komen Kak Engku tentang hal ini:

"Saya tak ada perancangan nak ada single atau album selepas ini. Saya masuk GV ini pun disebabkan anak-anak yang suruh.

"Tapi kalau ada tawaran untuk menyanyi di acara atau majlis korporat, insya-Allah saya akan ambil,"


Apapun tahniah kepada Raja Azura yang membawa lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan baik pada malam tadi.


Sumber: mStar


Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.