Semasa

(VIDEO) Ultrasound Baby Nora Danish Dan Nedim

 
Nora Danish dan Nedim bakal menerima cahaya mata pertama mereka bersama tidak lama lagi.

Kini pelakon popular Nora Danish telahpun disahkan hamil 5 bulan. Pelakon Puteri ini dijangka bakal melahirkan anak pertama hasil perkahwinan dengan Nedim kira kira 4 bulan lagi.

Memang ramai teruja dengan berita kehamilan Nora Danish ini terutama pada peminat setianya.

Terkenal di laman sosial dan pernah digelar "Quenn of Instagram Malaysia", Nora Danish tidak lokek berkongsi perkembangan terkini yang sedang mengandung.

Baru-baru ini, Nora Danish berkongsi satu video menunjukkan UltraSound bayi nya dikandungnya itu dengan para followernya yang mencecah 5 juta orang.

Ini videonya:


Ini tulis Nedim:

"And that explains why mommy is always in pain , Baby Ney Ney is kicking it in there .. enjoy yourself in there anak Daddy , I can't wait to see you"

Nora Danish pula meluahkan rasa syukur kerana anak yang dikandungnya ketika ini sihat dan baik-baik belaka.

Semoga segalanya kan berjalan lancar buat Nora Danish dan juga Nedim.

Untuk pengetahuan kedua dua pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Nora Danish mempunyai anak lelaki bernama Rayqal hasil perkahwinan terdahulu dengan Jejai.

Nedim pula mempunyai anak bernama Dre hasil perkahwinan dengan Nabilah Khan.

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.