Semasa

10 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Abam Bocey Dan Hidayah


Tahniah diucapkan kepada pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam kerana telahpun selamat bernikah dengan gadis pilihannya.

Dengan sekali lafaz, tepat 5.35 petang, pada hari Jumaat bersamaan 8 Disember 2017, Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Nurhidayah bt Mohd Ali yang berumur 25 tahun.

Memang cantik isteri kepada Abam ini.

Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, nama sebenar Abam telah menyerahkan mas kahwin nya adalah sebanyak RM3000.

Abam yang kini berumur 29 tahun dan Hidayah diijabkabulkan oleh Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pihak pengantin lelaki memberi 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Sementara itu, jumlah wang hantaran RM13,888.

Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.

Ini kompilasi foto dan video pernikahan pasangan ini:

Jom tonton videonya:


Awal pagi tadi,  Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan sekitar jam pukul 10.

Malam ini, bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ juga di kediaman pengantin perempuan.

Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu. Kemudian mereka berdua berpisah kerana kesibukkan Abam sebagai seorang bintang dan pelaak popular.

Jodoh tidak kemana, akhirnya pasangan ini bersatu semula dan akhirnya menjalinkan hubungan serius sehingga membuat keputusan untuk berkahwin.

Selamat pengantin baru buat Abam dan juga isterinya Hidayah. Semoga berbahagia selalu!

Sumber: IG Abam / IG Fad Bocey

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.