Semasa

(15 FOTO) Sekitar Majlis Solat Hajat, Doa Selamat Elyana.. Buat Ramai Sayu


Semalam telah diadakan satu majlis solat hajat dan doa selamat penyanyi Elyana yang sedang bertarung dengan penyakit kanser linfoma tahap empat.

Majlis solat hajat dan doa selamat itu dianjurkan oleh kelab peminatnya, iaitu Elyana Official Fan Club atau Elo FC di masjid Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Para peminatnya dan rakan artis turut hadir ke majlis itu untuk memberi sokongan kepada Elyana.

Elyana yang turut membawa puteri kesayangan, Cinta Sumayah bersama suaminya pada majlis itu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkata dia amat bersyukur dengan peminat dan rakan artis memberi sokongannya.

Ketika majlis ini juga, majlis di imarahkan lagidengan kehadiran tahfiz Jemputan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Al Isla.

Di sini pihak Berita Memey ada membuat rangkuman video beberapa keping gambar sekitar masjlis tersebut.

Ini videonya:


Rangkuman foto ini dibawa oleh Photo Symptom

Sementara itu, selepas selasai majlis, Elyana menafikan dirinya terlantar sakit sebaliknya boleh bekerja seperti biasa walaupun sedang berperang dengan penyakitnya itu.

Penyanyi ini berkata, dia tidak tenat namun hanya sesekali dia hanya lesu dan mudah letih.

Ini penjelasan dari Elyana:

"Saya masih boleh bekerja dan tidak terlantar seperti didakwa sesetengah pihak. Kadang-kala saya rasa lesu dan mudah penat, namun masih ada kudrat untuk menyanyi.

"Saya juga ada rasa seperti sukar bernafas dan sesak dada pada sebelah malam, namun tidaklah sehingga terlantar.

"Sebelum ini, saya memilih merahsiakan sakit ini kerana tidak mahu mendapat simpati semata-mata,"

Imbas kembali, Elyana mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada musim keempat program realiti, Gegar Vaganza (GV4) pada minggu ke lima.

Kemudiannya, Elyana mula menjadi topik hangat dan menjadi tumpuan ramai kerana penyakitnya.

Ramai peminat dan rakan yang tidak henti-henti memberi kata-kata semangat kepada nya agar penyanyi ini kuatkan semangat serta kembali pulih seperyi sebelum ini dan mendoakannya cepat sembuh.

Sumber: BH / IG Elyana

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.