Semasa

(4 FOTO) Zizie Izette Selamat Lahirkan Anak Kembar Melalui Pembedahan.. TAHNIAH!

 
Ini satu berita yang baru pihak Berita Memey terima mengenai isteri kepada Datuk Bung Muktar Radin iaitu Zizie Izette.
 
Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan bayi kembar lelaki semalam setelah dimasukkan ke hospital.

Kakak kepada Shaheizy Sam ini menjalani pembedahan Caeserean Section untuk melahirkan kedua dua anaknya itu kira-kira 5.48 pagi dan 5.50 pagi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie Izette yang kini berumur 39 tahun, melahirkan bayi kembar berkenaan pada hari Jumaat secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Berita gembira ini diumumkan oleh Zizie Izette sendiri menerusi pengkongsian di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Zizie Izette meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Ini tulis Zizie Izette di laman IG miliknya sambil memuatnaik gambar kedua-dua anak lelakinya itu.



"Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

"Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

"Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat. Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,"

Ramai peminatnya menulis komen dengan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi kembar itu.

Pengikut Zizie Izette meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Sementara itu, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin turut datang melawat kakaknya itu di hospital dan ada memuatnaik beberapa foto.

Ibu Zizie Izette turut hadir melawat cucu kembarnya itu.

Ini gambar nya:




Untuk pengetahuan, Zizie Izette dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

Pihak Berita Memey ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan tahniah kepada Zizie Izette dan Datuk Bung di atas kelahiran cahaya mata mereka.

Sumber: IG Zizie Izette/ IG Shaheizy Sam

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.