Semasa

Abu Dis Ibu Kota Palestin. Ini Hujah Berani Mufti Perak Terhadap Trump Buat Ramai Umat Islam RESPEK

Abu Dis Ibu Kota Palestin. Ini Hujah Berani Mufti Perak Terhadap Trump Buat Ramai Umat Islam RESPEK | Saya Luv Islam – Isu Baitulmaqdis masuk episod baru apabila Amerika cadang Palestin terima Abu Dis sebagai ibu kota baru. Ramai yang marah termasuk Mufti Perak. Ini hujahnya yang terkini buat ramai umat Islam respek. Jom baca dan kongsikan.

TAK SETUJU ABU DIS JADI IBU NEGARA PALESTIN

Tindakan Presiden AS, Donald Trump, yang membuat tawaran menjadikan Abu Dis di pinggir bandar Baitulmuqaddis sebagai ibu negara alternatif Palestin mendapat kecaman hebat daripada mufti di negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata tindakan Trump itu merupakan sebahagian agenda jahat presiden AS terbabit untuk menghalau penduduk Palestin secara halus.

Kata Harussani tindakan Trump boleh disifatkan sebagai terdesak selepas tindakannya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia umumnya.

“Umat Islam di seluruh dunia perlu tegas dan bersatu hati untuk tidak akan menerima sebarang tawaran daripada Israel atau sekutunya kerana ia hanyalah cara halus untuk mengusir penduduk Palestin.

“Masjid Al-Aqsa adalah hak umat Islam dan cadangan AS kononnya mahu membina sebuah jambatan dari Abu Dis ke Masjid Al-Aqsa bagi memudahkan umat Islam beribadah adalah tidak relevan sama sekali,” kata Harussani dipetik Utusan Malaysia.

Washington mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel secara rasmi pada 6 Disember lalu.

Serentak dengan itu Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Bandar raya itu dituntut oleh Palestin untuk dijadikan ibu negara apabila konflik di negara berkenaan selesai pada suatu hari nanti.

Bagaimanapun pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, memberitahu sumber yang boleh dipercayai memaklumkan AS bakal menawarkan Abu Dis sebagai ibu negara Palestin.

Washington juga, kata Ismail, mencadangkan sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan Abu Dis dengan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur.

ELAK DAMAI DICAPAI

Turut dicadangkan, kata Ismail, pembahagian Tebing Barat kepada tiba bahagian serta membentuk wilayah autonomi di Gaza.

Bagaimanapun untuk rekod akhbar New York Times melaporkan pada 3 Dis lalu cadangan berkenaan dinyatakan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Mohammed ialah tokoh yang kini sangat berpengaruh di negara berkenaan.

Walaupun menggunakan gelaran Penjaga Dua Tanah Suci dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, Riyadh adalah sekutu akrab Washington dan dasar itu tidak berubah walaupun selepas Trump – yang dikenali dengan dasar diskriminasi melampaunya – menduduki Rumah Putih.

SERBA SEDIKIT TENTANG ABU DIS

Abu Dis ialah sebuah kawasan petempatan kecil luar bandar yang menghadapi Baitulmuqaddis Lama di barat daya, dan Lembah Jordan di timurnya.

Sebahagian besar kawasan itu ditanam dengan pokok zaitun

KENYATAAN MUFTI KELANTAN PULA

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Moha­mad, berkata tawaran AS itu dilakukan bagi menjaga kepenti­ngan bersama Israel dan memecah-belahkan umat Islam.

Katanya, perpecahan umat Islam akan memberi keuntungan kepada AS dan Israel yang menjadi pembekal senjata utama dalam pergolakan yang berlaku di rantau Asia Barat.

“Umat Islam perlu berwaspada dengan muslihat AS yang cuba untuk memerangkap Palestin dengan menawarkan Abu Dis sebagai ibu negara mereka yang baru,” katanya.

Dalam nada yang sama, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman dilapor sebagai berkata Israel sebenarnya tidak layak memiliki ibu kota kerana mereka tidak mempunyai status sebuah negara yang sah.

“AS sentiasa mempunyai muslihat untuk menghalang kedamaian terjalin di antara negara-negara Islam khususnya di Asia Barat,” jelasnya.

Abdul Rahman juga menyifatkan tawaran AS untuk menjadikan Abu Dis sebagai ibu negara alternatif buat Palestin sebagai sesuatu yang jelas tidak menghormati keputusan PBB.

Sumber : Malaysia Kini

The post Abu Dis Ibu Kota Palestin. Ini Hujah Berani Mufti Perak Terhadap Trump Buat Ramai Umat Islam RESPEK appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.