Semasa

GEMPAR Wajah Bekas Presiden Filipina Tiba-Tiba “HILANG”. Ini Punca SEBENAR.

GEMPAR Wajah Bekas Presiden Filipina Tiba-Tiba “HILANG”. Ini Punca SEBENAR. | Saya Luv Islam – Gempar di Filipina apabila seorang wanita yang keluarkan duit dari ATM terkejut terima duit tanpa wajah Presiden Filipina. Selepas siasatan dibuat, “ini” punca sebenarnya…

DUIT TANPA WAJAH BEKAS PRESIDEN

Bank pusat Filipina berkat, ia secara tidak sengaja mengedarkan wang kertas 100 peso tanpa wajah bekas presidennya.

Pihak berkuasa di Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) membuat pengakuan itu selepas satu tulisan Facebook seorang wanita yang menunjukkan wang 100 peso (RM8.09) ‘rosak’ yang diterimanya di mesin juruwang automatik (ATM) menjadi tular.

Ruang yang sepatutnya dicetak potret Bekas Presiden Manuel Roxas itu kosong, malah dua perkataan rasmi negara itu turut hilang.

PUNCA KEJADIAN

Pengarah Urusan BSP, Carlyn Pangilinan, berkata kesilapan itu disebabkan kerosakan pada mesin cetak.

“Kawalan kualiti kami sebelum ini dilakukan secara manual. Kini semua dilakukan mesin, justeru ada kesilapan yang terlepas pandang,” katanya kepada media.

Tambahnya, hanya 33 wang kertas 100 peso itu dikesan berlaku kesilapan setakat ini .

Pihak berkuasa turut meminta rakyat memulangkan wang rosak itu, namun berkata ada yang mahu menyimpannya.

RAKYAT BUAT PROTES DI MANILA

Ratusan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi protes di Manila, Filipina, hari ini bagi mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sambil memegang plakad anti-AS, para penunjuk perasaan beramai-ramai berarak ke kedutaan Israel di ibu negara Filipina itu.

Penunjuk perasaan menaikkan plakad gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan dicontengkan tanduk dan taring padanya.

Press TV melaporkan turut berlaku pertengkaran antara polis dan penunjuk perasaan, tetapi tidak ada laporan mengenai kecederaan atau sebarang penangkapan.

Pada 6 Disember lalua, Trump mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke tanah yang diduduki dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian dan amarah umat Islam seluruh dunia dan masing-masing melakukan protes sebagai tanda bantahan terhadap keputusan itu.

Sumber : Berita Harian

The post GEMPAR Wajah Bekas Presiden Filipina Tiba-Tiba “HILANG”. Ini Punca SEBENAR. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.