Semasa

Ini Kenyataan Rasmi Sufian Suhaimi, Jawab Dakwaan Krisis Hubungan Dengan Elfira Loy


Memang biasa pasangan sedang bertunang dilanda masalah. Sebelum berkahwin, ketika waktu bertunang lah masa untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing dengan lebih mendalam.

Itulah yang berlaku kepada pasangan sedang bertunang iaitu penyanyi Sufian Suhaimi dan juga tunangnya, pelakon popular Elfira Loy.

Penyanyi bersuara lunak, Sufian Suhaimi telah tampil membuka mulut ekoran ada dakwaan mengatakan dia dan Elfira Loy kini mempunyai masalah dalam hubungan pertunangan mereka.

BeritaMemey dapat tahu bahawa kisah ini bermula apabila peminat melihat mereka berdua jarang memuatnaik foto bersama di laman media sosial.

Apa yang berlaku sebenarnya? Ini jawapan dari pihak Sufian Suhaimi.

Penyanyi lagu Terakhir dan Terasa Ada ini mengatakan, mereka berdua sebenarnya mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa apabila bertunang.

Sufian Suhaimi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan hubungan mereka bermasalah kerana jarang dilihat memunaik gambar bersama sejak bertunang pada 6 Oktober lalu.

Jejaka ini akui memang laman tak berjumpa tunangny itu iaitu hampir sebulan tidak berjumpa Elfira namun mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain.

Ini komen Sufian Suhaimi;

"Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing.

"Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Lagi pula tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu. Apa yang penting adalah saling memahami dan percaya,"

Sufian berkata, sejak bertunang dia dan Elfira tidak mempunya apa apa  dugaan selain hanya kata-kata daripada orang sekeliling.


Ini tambah Sufian lagi:

"Dugaan bertunang tidak semestinya jatuh kepada pasangan yang nak berkahwin. Alhamdulillah, kami dijauhkan perkara yang tak diingini. Kalau ada pun, ia bukan daripada kami tetapi lebih kepada orang sekeliling.

"Diakui, kami semakin matang untuk berdepan situasi ini. Pendek kata, saya dan El sangat memahami dan menyayangi,"

Tentang perkahwinan mereka, Sufian Suhaimi akui masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan walaupun majlis mereka disebut-sebut bakal berlangsung pada Mac 2018.


Ini komennya lagi:

"Bulan Mac hanya idea daripada kami. Sebenarnya, belum ada tarikh ditetapkan. Tambahan pula, sepanjang dua bulan ini saya sibuk menyiapkan thesis, jadi ia antara sebab kenapa belum ada sebarang persiapan.

"Kalau ikutkan thesis ini siap pada Mei lalu, tetapi saya tangguh satu semester. Disebabkan itu, saya kena juga habiskan pengajian tahun ini. Sekarang ini saya masih menuggu maklum balas daripada penyelia,"

Itulah penjelasan dari Sufian Suhaimi. Hubungannyang dengan Elfira Loy baik-baik sahaja. Walaupun lama dah tak berjumpa, mereka lagi berhubung.

Jadi kepada peminat di luar sana jangan risau lah ye. Tak sabar nak lihat pasangan ini naik pelamin! -BeritaMemey

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.