Semasa

Ini Pula Respon Iqram Dinzly Kepada Mufti Wilayah Persekutuan


Beberapa hari yang lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ada meminta Iqram Dinzly hadir bertemu dengannya kerana ingin membantunya.

Kontroversi yang melanda pelakon Iqram Dinzly ini yang berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini sehingga mencetuskan banyak pesoalan.

Mufti Wilayah Persekutuan yang ingin menawarkan bantuan buat Iqram menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan di akaun Facebooknya.

Pelakon ini yang kini duduk bersama ibunya di Perak, dinasihatkan untuk banyak membaca Al-Quran selain mendekatkan diri dengan Tuhan.

Datuk Dr Zul juga berharap Iqram tidak terlalu memikirkan komen netizen yang memberikan tekanan kepada beliau.

Membaca surat dari Mufti Wilayah Persekutuan itu, akhirnya Iqram Dinzly memebri respon balas.

Ini respon dari Iqram:

"Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ?

"Kenapa orang #Malaysia sukar faham dengan #BahasaMalaysia ? Mengapa #rakyatMalaysia hilang #budibahasa ? Pernahkah terfikir Syurga Neraka milik mutlak Hak Nya Yang Maha Esa.

"Ketika hamba diuji mahupun diduga , hanya segelintir jiwa yang sudi bersama . Ada yang lari ada yang pergi , ada langsung tidak nampak muka malah terus mencaci lagu menghina . Namun hamba redha!

"Hamba bersyukor dengan segelintir yang menerima hamba baik burok seadanya dikala hamba derita dalam bahagia, tenang tanpa adanya makhluk berpura - pura.

"#papakukembali & tinggallah daku dengan #mamakuiddah4bulan10hari . Salahkah aku berjuang dan berkorban demi manusia yang melahirkan aku ? Salahkah aku memegang amanah manusia raja dalam keluargaku ?

"#terimakasih Sahabat - sahabat serta kekanda - kekanda hamba terutamanya keluarga hamba yang FAHAM dengan diriku . #janganbikinkerjatuhan @bawaabata.merebucks tetap hamba perjuangkan.

"Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati, hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi.

"Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi.

"Lebih afdalnya, hamba jemput tuan hamba sudi ke Talaqqi Dinzly Studio untik mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.

"Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana-mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba, #papakuterlantarlagi .

"Harap memahami dan insyaAllah atas izin Illahi ini semua terjadi . #pergilahmatinegativiti

"Harap penulisan hamba yang tiada apa-apa lagi marhain hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa.

"Besar hati menerima kehadiran Tuan Hamba untok ber #kongsirasadanrahsia bersama bonda hamba dan #dinzlyfamily pun jua.

"Sekiranya sudi hamba jemput selepas #newyear nanti, hamba akan personally hubungi Tuan Mufti.  #prinxchiqydinzly | #iqramdinzly

"Fidyahkan #Alfatihah buat ayahanda beta mahupun kami #dinzly sekelurga.

Respon balas ini ditulsi di laman Instagram milik Iqram semalam.

Sumber: IG Iqram Dinzly

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.