Semasa

Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai

Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai | Saya Luv Islam – Banyak negara Islam membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel. Di saat ramai tertanya apa pendirian Iran, akhirnya tokoh ulama Syiah Iran mula bersuara….

SOKONG INTIFADA PALESTIN

Ulama kanan Iran menggesa penduduk Palestin bangkit menentang Israel selepas Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Ayatollah Ahmad Khatami, ulama konservatif yang mengimamkan solat Jumaat hari ini, berkata Trump sudah menjejaskan usaha damai selama bertahun-tahun dengan keputusan itu.

“Dia membuktikan bahawa penawar bagi isu Palestin cuma Intifada.

“Cuma Intifada boleh menukarkan hari menjadi malam menakutkan bagi rejim Zionis,” kata Khatami, yang dilantik pemimpin agung Iran, Ali Khamenei, dalam khutbah Jumaat di masjid terbesar Iran, Mosalla.

RAKYAT IRAN TURUT BANGKIT NYATA BANTAHAN

Beliau menggesa penduduk Palestin bangkit dan menentang rejim penceroboh itu.

Dalam perkembangan berkaitan, ratusan penduduk Iran berkumpul di seluruh negara itu hari ini bagi mengutuk keputusan Trump itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Stesen televisyen menyiarkan penunjuk perasaan melaungkan ‘Mati Amerika’ dan ‘Mati Israel’, mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk berbunyi: ‘Baitulmaqdis milik Islam’.

Menggambarkan AS dan Israel sebagai penindas, Khamenei berkata, keputusan Trump adalah simbol ketidakupayaan dan kegagalan. – AFP/Reuters

Sumber: Saya Luv Islam via Berita Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Ini Komen Ulama Syiah Iran Yang Ditunggu Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.