Semasa

Isu Baitulmaqdis. Ini Nasihat Presiden PAS Kepada PM Najib Yang Ditunggu Ramai

Isu Baitulmaqdis. Ini Nasihat Presiden PAS Kepada PM Najib Yang Ditunggu Ramai | Saya Luv Islam – Esok ada perjumpaan khas isu Baitulmaqdis OIC di Turki. PM Najib merupakan wakil Malaysia ke sana. Ini nasihat Presiden PAS kepada PM Najib yang ditunggu ramai. Bacakan.

CADANG UNTUK BERI SOLUSI

PAS mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan langkah berkesan berhubung isu Baitulmaqdis ketika persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang akan berlangsung di Istanbul, Turki esok.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dengan peluang ini, Najib dapat menyampaikan mesej dari suara rakyat Malaysia yang sekeras-kerasnya membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel di samping bersama memutuskan langkah yang berkesan.

“Isu Baitulmuqaddis merupakan isu agama, isu umat dan isu kemanusiaan. Saya memang mahu supaya PM pergi sendiri dan sampaikan mesej negara kita di sana.

RESOLUSI PROAKTIF

“Saya mengharapkan supaya Malaysia bersama negara Islam lain dapat mengambil satu resolusi yang proaktif dan tidak sekadar resolusi protes tetapi satu tindakan yang berkesan kerana Yahudi bukan kuat, mereka hanya mempengaruhi politik negara barat khususnya Amerika,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Kelmarin, dalam catatan di laman blog www.najibrazak.com Najib berkata, beliau akan membawa suara umat Islam di seluruh Malaysia ke persidangan khas OIC sekali gus menentang habis-habisan keputusan AS.

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Isu Baitulmaqdis. Ini Nasihat Presiden PAS Kepada PM Najib Yang Ditunggu Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.