Semasa

Isu Baitulmaqdis. Ini Respon BERANI Korea Utara Yang Ditunggu Ramai.

Isu Baitulmaqdis. Ini Respon BERANI Korea Utara Yang Ditunggu Ramai. | Saya Luv Islam – Banyak negara-negara di dunia telah pun membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel. Di saat ramai tertanya apa pendirian musuh terkini Amerika, Korea Utara, akhirnya tokoh Korea Utara mula bersuara….

ORANG TUA NYANYUK

Korea Utara memberi gelaran ‘orang tua nyanyuk’ kepada Presiden, Donald Trump berhubung tindakannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut media tempatan, gelaran itu menambah koleksi kata ejekan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un saling berbalas serangan lisan dan peribadi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ketegangan semakin memuncak selepas ancaman peluru berpandu dan nuklear oleh Pyongyang.

KOREA UTARA TIDAK BERSETUJU

Negara komunis itu turut menyertai kecaman antarabangsa yang tidak bersetuju keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis, malah menyelar presiden AS itu sebagai ‘licik dan jahat’.

“Orang tua nyanyuk itu secara terang-terangan melakukan kemusnahan kepada sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Bagi mereka yang mengenalinya, ia tidaklah mengejutkan sangat.

“Tindakannya itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang cuba menghancurkan dunia, membunuh keamanan dan keamanan selain layak dipanggil penyangak antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar yang dipetik agensi berita KCNA.

Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Trump pada Rabu lalu disusuli rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv bukan sahaja mengundang kemarahan dunia Islam tetapi turut menerima bantahan dan kritikan sekutu Washington. – AFP

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Sumber : Saya Luv Islam via Berita Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Ini Respon BERANI Korea Utara Yang Ditunggu Ramai. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.