Semasa

"Jangan Cari Pasal!" - Zizan Razak

 
Ketika zaman sedang memuncak naik, antara artis paling banyak mencetuskan kontroversi ialah Zizan Razak. Tapi itu semua merupakan kisah lama.

Kini Zizan Razak sudah jarang terlibat dengan sebarang isu panas dan tiada lagi kontroversi.

Pelawak, pengacara, penyanyi dan pelakon popular ini memberitahu tempoh 10 tahun bergelar anak seni banyak mengajarnya supaya lebih bijak membawa diri sebagai seorang yang amat popular.

Kini Zizan Razak akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa menjaga reputasi dan disiplin kerja agar tidak tercalar dengan isu atau pun sebarang kontroversi.

Malah Zizan juga mengingatkan untuk tidak cari pasal.

Ini komen Zizan RazaK:

"Pada saya mudah sahaja untuk nama tidak dikaitkan dengan kontroversi iaitu jangan cari pasal!
"Sebagai contoh kata tidak bercinta tetapi keluar bersama atau memuat naik gambar bersama di Instagram.

"Dalam bahasa mudahnya 'jangan meminta!' Kalau benar hendak bercinta sangat soroklah perhubungan itu," 

Selain cuba untuk tidak terlibat dengan sebarang isu panas, Zizan berkata, dia juga sentiasa mengingatkan diri agar tidak lupa diri selain tidak bersikap angkuh dengan setiap kejayaan dikecapinya.

Ini pendedahannya lagi:

"Alhamdulillah saya sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa merendah diri kerana sikap sombong itu sebenarnya merugikan diri sendiri.

"Saya juga banyak belajar daripada orang lain yang saya lihat kebanyakannya tidak kekal lama kalau menyombong dan meninggi diri.

"Bukan dalam dunia seni sahaja tetapi bidang lain juga dan ia benar-benar buka mata saya,"

Untuk tahun 2018 pula, Zizan telah memasang azam untuk meningkatkan kualiti kerjanya sebagai pelakon selain ingin mencabar diri dalam perkara yang belum pernah dilakukannya.

Ini komen Zizan lagi:

"Saya tidak sasar untuk menang anugerah tetapi lebih kepada jaga kualiti kerja dan bekerja keras lagi kerana harapan peminat sangat tinggi,"

Ketika ini Zizan  masih dalam proses penggambaran filem Polis Evo 2. Kemudian Zizan akan berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk berbincang mengenai projek terbaharunya di negara itu.

Nama Zizan amat popular sebagai selebriti serba boleh. Mula dikenali sebagai pelawak, Zizan juga merupakan pengacara yang hebat dan pernah mengacarakan Akademi Fantasia.

Zizan juga berjaya menjadi penyanyi yang hebat dengan beberapa lagu sudah meletup seperti lagu Chentaku, Kaki Licik dan banyak lagi. Lagunya memang catchy habis!

Kemudiannya, Zizan juga hebat sebagai pelakon. Banyak lakonannya menjadi hit seperti Polis Evo dan juga Abang Long Fadhil.

Memang seorang yang berbakat besar Zizan ni. Tahniah Zizan Razak!

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.