Semasa

"Jihan Muse Mahu Perhatian" - Suami


Kini pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse sedang sarat mengandung anak pertama.

Suaminya iaitu Ungku Hariz mendedahkan tentang perangai isterinya sepanjang tempoh kehamilan anak pertama ini.

Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli yang kini berumur 32 tahun, berkata dia harus memberi perhatian lebih kepada Jihan Muse dan bayi dalam kandungan isterinya itu.

Perubahan paling ketara ialah Jihan Muse mahukan perhatian yang lebih.

Ini pendedahan Ungku Hariz:

"Apa yang saya nampak perubahan Jihan sedang hamil ini, dia mahukan lebih perhatian.

"Kita kena bagi perhatian lebih pada dia dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang tidak elok.

"Sebab boleh dikatakan semua wanita yang sedang hamil memang seperti itu. Saya kena jaga dia dan bayi kami yang bakal lahir,"

Kandungan Jihan Muse kini sudah memasuki 33 minggu dan dijangka akan melahirkan bayi sulung pada awal bulan Januari tahun depan.

Ungku Hariz dan Jihan Muse ditemui ketika sidang media vlog bersiri berjudul Hi Mommy Jihan! di Restauran The Sanggul, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pasangan ini secara eksklusif memaparkan kehidupan harian mereka sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri.

Menurut Ungku Hariz, mereka sudah lama berhasrat untuk untuk membuat blog video aktiviti harian mereka.

Akhirnya impian itu tercapai menerusi rancangan Hi Mommy Jihan.

Ini komen Ungku Hariz:

"Kami dah lama berhasrat nak buat blog video sendiri tapi tak jadi. Sebab itu kami terima tawaran untuk lakukan program itu.

"Menerusi program itu, kami berkongsi aktiviti harian sepanjang Jihan hamil sehingga tempoh berpantang,"

Hi Mommy Jihan! yang berkonsepkan vlog ini mempunyai 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran.

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu, hari Khamis dan Jumaat bermula 7 Disember lalu, minggu lepas.

Program ini disiarkan di YouTube MeleTOP terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Kepada peminat Jihan Muse, jangan lupa saksikan Hi Mommy Jihan.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.