Semasa

(Kenyataan Penuh) Neelofa Dilantik Pengarah Syarikat Air Asia.. TAHNIAH!



Ini satu berita yang amat menggembirakan apabila selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dilantik oleh AirAsia Bhd (AirAsia) sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Pelantikan Neelofa yang merupakan Bintang Paling Popular 2015 itu telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah Air Asia.


Selain hebat sebagai selebriti, Neelofa juga hebat dalam bidang perniagaan yang mana tudungnya, Naelofar Hijab merupakan satu jenama yang cukup gah di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihak AirAsia amat gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.


Ini kenyataan dari Tony Fernandes:

"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.

"Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia.

"Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami.

"Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Neelofa," 

Sedikit infomasi tentang kejayaan jenama tudung Neelofa iaitu Naelofar Hijab, jenama tudung itu dilaporkan berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan RM200 juta tahun ini.

Malah tudung Naelofar boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura. Memang satu pencapaian yang amat mengagumkan!

Apabila dilantik, Neelofa juga telah memberi respon balas. Neelofa, berkata beliau teruja untuk menyertai keluarga AirAsia.

Ini respon Neelofa:

"Ini bukan hanya kejayaan saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun, saya meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang dan berubah.

"Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh," 

Tahniah buat Neelofa! Sudah pasti gabungan Neelofa dan Air Asia akan menjadi satu fenomena yang tersendiri. Semoga berjaya!

Sumber: BeritaHarian

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.