Semasa

Lepas OIC. Ini Tindakan BERANI Terkini Erdogan Di Baitulmaqdis Buat Israel TERASA

Lepas OIC. Ini Tindakan BERANI Terkini Erdogan Di Baitulmaqdis Buat Israel TERASA | Saya Luv Islam – Selepas urus pertemuan OIC di Istanbul, terkini Erdogan bakal buat “sesuatu” yang luar biasa di Baitulmaqdis. Tindakan berani ni akan buat Israel dan Trump terasa. Jom baca dan kongsikan. Allahuakbar.

BUKA KEDUTAAN TURKI KE PALESTIN DI BAITULMAQDIS

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki ke Palestin di Timur Baitulmaqdis, ketika beliau meningkatkan serangan terhadap tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.

Erdogan sebelum ini cuba mengetuai kritikan dunia Islam terhadap tindakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat itu dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, minggu lalu untuk menggesa dunia mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

CABARAN UNTUK TINDAKAN BERANI INI

Timur Baitulmaqdis diduduki Israel selepas ia merampas kawalan terhadap kawasan itu pada perang 1967 dan tindakan terbabit tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

“Oleh kerana ia di bawah penjajahan, kita tidak boleh membuka kedutaan,” kata Erdogan dalam ucapan kepada parti pemerintah di bandar Karaman.

“Namun dengan izin Tuhan, kita akan membuka kedutaan di sana,” katanya tanpa memberi tempoh tertentu.

Turki juga mempunyai konsulat di Baitulmaqdis. Ankara mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel dan seperti negara lain, memiliki kedutaan di Tel Aviv.

KENAPA TIMUR BAITULMAQDIS BUKAN IBU NEGARA ISRAEL

Israel menceroboh dan menduduki Baitulmaqdis Timur ketika berakhirnya perang dengan Syria, Mesir dan Jordan pada 1967, sedang di bahagian baratnya telah ditawan ketika perang Arab-Israel pada 1948.

Pencerobohan dan pendudukan Israel di Baitulmaqdis Timur berhasil meletakkan keseluruhan bandar itu di bawah kawalan rejim Tel Aviv. Bidang kuasa dan ‘pemilikan’ Israel ke atas Baitulmaqdis, bagaimanapun, tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa, termasuk AS.

Status Baitulmaqdis kekal menjadi titik kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Mengikut pelan pemisahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1947 bagi membahagikan Palestin di antara Yahudi dan negara Arab, Baitulmaqdis telah diberi status istimewa, bertujuan meletakkannya di bawah kedaulatan dan kawalan antarabangsa.

Status istimewa itu didasari pentingnya Baitulmaqdis kepada tiga agama yang berasaskan kepada Nabi Ibrahim.

Dalam perang 1948, berikutan cadangan daripada PBB bagi membahagikan Palestin, tentera rejim Zionis mengambil alih bahagian barat Baitulmaqdis dan mengisytiharkan kawasan itu sebagai sebahagian daripada negaranya.

Ketika perang pada 1967 pula, Israel menawan bahagian timur Baitulmaqdis yang ketika itu di bawah kawalan Jordan, dan meletakkannya di bawah undang-undang Israel secara meluas – suatu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Pada 1980, rejim Israel meluluskan ‘Undang-Undang Baitulmaqdis’ dengan mengatakan ‘Baitulmaqdis, lengkap dan bersatu, adalah ibu negara Israel’, yang secara rasminya menggabungkan Baitulmaqdis Timur.

Sebagai tindak balas, pada 1980 Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 478, mengisytiharkan undang-undang Israel itu tidak sah dan batal.

Komuniti antarabangsa, termasuk di AS, secara rasmi menganggap Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diceroboh dan diduduki oleh rejim Zionis secara haram.

Sebagai tambahan, tiada negara di dunia yang mengiktiraf mana-mana bahagian Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kecuali awal tahun ini di mana Russia mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel.

Pencerobohan, pendudukan dan pengambilan Baitulmaqdis Timur oleh rejim Zionis melanggar beberapa prinsip di bawah undang-undang antarabangsa, yang mengariskan bahawa kuasa yang menduduki tidak mempunyai hak kedaulatan ke atas wilayah yang diduduki.

Walaupun, pendudukan dan pelaksanaan undang-undang Israel di Baitulmaqdis Timur, rakyat Palestin yang tinggal di sana tidak diberi kerakyatan Israel.

Kini terdapat kira-kira 420,000 rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diberi kad pengenalan ‘penduduk tetap’. Mereka juga memiliki pasport sementara Jordan, tanpa nombor pengenalan negara. Ini bermakna mereka bukan sepenuhnya warganegara Jordan – mereka memerlukan permit untuk bekerja di Jordan, dan tidak layak mendapat perkhidmatan atau kemudahan kerajaan, seperti pengurangan yuran pendidikan.

Rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis pada asasnya tiada negara, terjebak dalam mainan undang-undang – mereka bukan warganegara Israel, Jordan atau Palestin.

Rejim Zionis melayan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur sebagai pendatang asing yang tinggal di situ atas belas ihsan yang diberikan Israel, bukan kerana hak mereka, walaupun dilahirkan di situ. Mereka dikehendaki memenuhi keperluan tertentu bagi memastikan status penduduk mereka tidak dibatalkan.

Mana-mana rakyat Palestin yang tinggal di luar sempadan Baitulmaqdis bagi satu tempoh tertentu, sama ada di luar negara atau di Tebing Barat sekalipun, adalah berisiko kehilangan hak untuk tinggal di Baitulmaqdis.

Mereka yang gagal membuktikan bahawa kehidupan mereka berpusat di Baitulmaqdis dan bahawa mereka telah tinggal di luar secara berterusan, hilang kelayakan untuk menetap di tempat mereka dilahirkan. Malah, jika memiliki kerakyatan negara lain, hak mereka terhadap Baitulmaqdis, hilang.

Pada masa sama, mana-mana Yahudi di seluruh dunia menikmati hak untuk tinggal di Israel dan mendapat kerakyatan Israel.

Sejak 1967, Israel dilaporkan telah membatalkan status terhadap 14,000 warga Palestin.

Dalam pada itu, pembukaan kawasan baharu untuk projek penempatan di Baitulmaqdis Timur, yang bertujuan menyatukan bandar itu di dalam Israel, dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

PBB mengesahkan beberapa resolusi bahawa projek penempatan itu secara langsung telah melanggar Konvensyen Keempat Geneva, yang melarang negara yang menduduki daripada memindahkan populasinya ke kawasan yang diduduki.

Namun, sejak 1967 lagi, rejim Israel telah melaksanakan berpuluh-puluh projek perumahan untuk Yahudi Israel, sesetengahnya berada di tengah-tengah kawasan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur.

Terdapat 200,000 warga Israel tinggal di Baitulmaqdis Timur di bawah perlindungan ketat askar dan polis rejim dengan 44,000 daripadanya tinggal dalam satu kompleks perumahan.

Walaupun Israel mendakwa Baitulmaqdis sebagai ibu kota yang tidak dikongsi, realiti kehidupan di situ tiada banyak bezanya.

Sedang, warga Palestin tinggal dalam suasana apartied, warga Israel menikmati hidup normal, selain keadaan mereka dijamin oleh negara mereka.

Sumber : Berita Harian

The post Lepas OIC. Ini Tindakan BERANI Terkini Erdogan Di Baitulmaqdis Buat Israel TERASA appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.