Semasa

"Meluat Tengok Penyanyi Gemuk Aishah Ni..Tergedik-gedik" - Wanita Hina Aishah Gegar Vaganza


Penyanyi Aishah merupakan salah seorang finalis Gegar Vaganza musim ke empat.

Aishah yang dilabel oleh Dato Ramli MS sebagai seorang performer tulen, sering menampilkan persembahan yang mantap di pentas Gegar Vaganza musim ini.

Semalam, di laman media Facebook milik Aishah, penyanyi ini mendedahkan ada seorang wanita menggunakan nama "Ustazah Hamidah" telah menghinanya, termasuk mencaci bentuk fizikalnya.

Memang ayat dari wanita ini agak kurang ajar dan keterlaluan. Antara ayatnya ialah wanita ini memanggil Aishah sebagai penyanyi gemuk yang tergedik-gedik.

Yang paling teruknya, Aishah juga dicaci dan digelar seorang yang munafik.

Ini komen balas dari Aishah:

"Beginikah akhlak seorang yg.berani mengaku dirinya sebagai seorang 'ustazah'....semoga Allah memberi hidayah kepadanya

"Saya cabar ustazah datang jumpa saya, kalau berani cakap perkataan ini di depan saya. jangan berselindung dibelakang tutup wajah tu. kalau tak berani, terima kashlah bagi saya pahala lebih. jangan lupa merangka di padang mahsyar nanti kerana saya tidak maafkan sampai bila-bila.

"Meh jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang. Biar depan-depan...ke nak ticket free ke Gegar Vaganza. Jomlah saya panggil crew Astro shoot...nak jumpa sangat, tatap wajah 'ustazah' ni yang senang-senang membinatangkan orang lain.

"Hikhikhik relax friends, fans and family, I ok je.. tak jadi kudis apa pun pada I species mulut puaka keyboard warriors ni. Cuma nak ingatkan diorang ni mungkin mereka ni boleh tulis tapi selindung muka, tapi mereka lupa yang apa mereka tulis ni 24/7 Allah nampak dan tahu siapa... Ada yang dibayar hanya untuk buat kerja macam ni huhuhu kesian...."

Ini fotonya:



Kesian Aishah sampai dihina sebegitu. Jika dilihat, memang jelas pemilik akaun itu adalah seorang yang fake, atau akaun fake yang bertujuan mencaci penyanyi ini.

Apa motifnya akaun ini menghina dan mencaci sebegitu, tidak diketahui.

Moga Aishah bersabarlah dan terus fokus dengan konsert akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung Ahad depan.

Memang ramai yang mahu melihat Aishah merangkul trofi dan menjadi juara Gegar Vaganza musim ini. Living legend!

Sumber: FB Aishah

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.