Semasa

"Mereka ni tak ada ilmu, lebih baik diam" - Datuk Farid Kamil

 
Minggu lepas, pelakon dan pengarah popular Farid Kamil telah menerima pangkat Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Pingat Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Pelakon, Datuk Farid Kamil.

Ianya sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pahang.

Farid Kamil berusia 36 tahun dan merupakan penerbit Filem FKX Sdn Bhd.

Dari pemerhatian BeritaMemey, banyak filem Farid Kamil yang menjadi hit dan meletup di pawagam. Paling terkesan adalah lakonan Farid Kamil dalam filem Anak Halal dan Bencinta.

Setelah kisahnya mendapat gelaran Datuk, ada pihak yang mengecam dan seperti mempertikaikan macam mana Farid Kamil boleh menerima gelaran tersebut.

Farid berkata, netizen yang mengeluarkan kata kecaman itu sebenarnya tidak mempunyai ilmu mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang.

Ini komen Farid Kamil:

"Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang menganugerahkan darjah ini adalah atas titah Sultan Pahang.

"Mereka ini (netizen) tidak mempunyai ilmu dan pembelajaran khusus mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang, lebih baik mereka diam"

Selain Farid Kamil, seorang agi pelakon iaitu Aaron Aziz juga telah menerima darjah anugerah yang sama membawa pangkat Datuk.

Kedua dua pelakon hebat ini merupakan antara 167 penerima darjah dan kebesaran Pahang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Aaron Aziz menganggap pengurniaan darjah kebesaran itu memberinya semangat untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti kemasyarakatan.

Aaron akur dengan titah Tengku Abdullah yang mahu melihat supaya mereka menerima kurniaan Pahang termasuk golongan artis untuk turut sama membantu rakyat negeri ini semasa berlaku musibah seperti banjir yang lazim melanda setiap tahun.

Ini komennya:

"Sebelum ini saya sememangnya aktif dan selalu turun padang melakukan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara dan selepas ini akan lebih banyak aktiviti seumpama itu akan disertainya.

"Ini adalah penghargaan terbesar bagi saya dan pastinya tanggungjawab lebih berat,"

Apa pun tahniah kepada mereka berdua ini. Kini golongan artis semakin dihargai dan mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat. -BeritaMemey

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.