Semasa

Nampak Trump Minum Air Pakai 2 Tangan. Ni Spekulasi Doktor Dari Amerika. Azab Allah ?

Nampak Trump Minum Air Pakai 2 Tangan. Ni Spekulasi Doktor Dari Amerika. Azab Allah ? | Saya Luv Islam – Ketika berucap di White House, Trump berhenti seketika untuk minum air guna dua tangannya. Peristiwa ni jadi viral di Amerika apabila para doktor memberitahu “itu” adalah tanda penyakit bahaya. Adakah ini azab Allah ? Jom baca dan kongsikan.

TINDAKAN TRUMP CETUS KEBIMBANGAN

Tingkah laku Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin mencetuskan kebimbangan rakyat AS.

Tindak-tanduk Trump dimuatnaik menerusi Twitter, di mana rakyatnya, terutama para doktor mula ‘mendiagnosis’ Trump dan menyifatkan ia sebagai sebagai simptom awal penyakit demensia.

Trump ketika itu menyampaikan ucapan berkenaan strategi keselamatan kebangsaan, sebelum berhenti seketika untuk minum air.

JADI BUALAN HANGAT RAKYAT AMERIKA

Tindakannya yang mengambil cawan menggunakan dua belah tangan, seperti yang biasa dilakukannya oleh kanak-kanak mencetuskan perbualan hangat oleh netizen.

Demensia secara umumnya adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan fungsi otak yang menyebabkan pengurangan pada keupayaan berfikir dan mengingati, secara perlahan-lahan.

Sebahagian daripada pesakit dementia kurang atau tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

APA ITU DEMENSIA?

Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

BERAPA KERAP BERLAKU DEMENSIA

Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.

SIAPAKAH RISIKO UNTUK DAPAT DEMENSIA

Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.

Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.

TANDA DAN GEJALA DEMENSIA

Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
Hilang keupayaan membuat penilaian
Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia

KOMPLIKASI DEMENSIA

Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:

Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
Peningkatan dalam kadar kematian.
Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.

BOLEHKAH DEMENSIA DIRAWAT?

Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit. Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.

PENCEGAHAN DEMENSIA

Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.

REHABILASI DEMENSIA

Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi. Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.

Sumber : Saya Luv Islam via Sinar Harian dan Portal MyHEALTH

The post Nampak Trump Minum Air Pakai 2 Tangan. Ni Spekulasi Doktor Dari Amerika. Azab Allah ? appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.