Semasa

Ramai Mengamuk! Fattah Amin Enggan Muncul Dalam MeleTOP Yang Dihoskan Oleh Neelofa


Semalam sepatutnya Fahrin Ahmad dan Fattah Amin hadir sebagai tetamu jemputan rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama terbaru mereka.

Namun apabila bersiaran secara live dengan pengacara Neelofa dan juga Nabil Ahmad, hanya Fahrin Ahmad sahaja yang muncul, langusng tiada kelibat Fattah Amin.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku? Mana Fattah Amin?

FATTAH TAK DATANG - MELETOP

Kemudian, secara tiba-tiba pihak produksi yang telah membuat kenyataan dengan menyatakan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang berjalan kerana Fattah tidak dapat hadir.

Ini kenyataan pihak MeleTOP:

"Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin dan isteri datang sini lagi. Hehe"

FATTAH DAH ADA TAPI TAK MUNCUL

Rupanya, ada isu yang sedang hangat diperkatakan apabila sebenarnya Fattah Amin dah berada di belakang pentas set MeleTOP.

Fattah Amin terus menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Ada peminat juga yang sempat merakam kelibat Fattah Amin di set MeleTOP.

Pihak produksi juga rupanya ada berbincang dengan Fattah Amin akan kemunculannya sambil diperhatikan Fahrin Ahmad.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

RAMAI PEMINAT MENGAMUK!

Perkara ni menyebabkan ramai peminat mengamuk dan menghentam Fattah Amin kerana bersikap tidak profesional apabila tidak mahu bertemu dengan Neelofa.

Ini antara komen di laman media sosial: (sumber: mStar)

"Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahan la tu nak hadap muka Lofa.

"Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah dekat Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

"Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa"

"Entah dosa apa eh. He’s really unprofessional sememangnya dia tak layak duduk dalam industri hiburan ni. Kalau itu artis kesayangan korang so minta tolong dia jadi professional sikit ye."

Ini antara screenshot:


Fattah Amin dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi itu telah berjaya dirakamkan oleh beberapa peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.

KOMEN ASTRO

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memberi komen tentang perkara ini.

Dikatakan suami Fazura itu sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang secaar tiba-tiba.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.