Semasa

"Saya Mahu Isteri Hidung Macam Neelofa.." - Diva Azwan Ali Jawab Soal Kahwin

 
Ketika ini, pengacara popular Azwan Ali sedang sibuk berkempen untuk menjatuhkan abangnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa.

Malah sekiranya, PM Najib Razak memberi green light untuk dia menjadi wakil, Azwan Ali sanggup berpuasa selama 6 bulan atau setengah tahun.

Petang tadi, Azwan Ali telah ditemuramah oleh Sinar Harian secara live, kata Azwan Ali, walaupun dia tidak dipilih sebagai wakil rakyat, dia tetap akan menentang abangnya sehabis-habisan.

Azwan Ali juga berkata dia hanya bergurau dengan mengatakan berpuasa selama 6 bulan jika dipilih kerana sedar bahawa PM Najib mempunyai banyak lagi wakil lain utnuk menentang Azmin Ali.

Pengacara ini berkata dia layak menentang Azmin Ali kerana tahu segala-galanya tentang abangnya itu. Azwan Ali akui perjuangannya sememangnya berbau kekeluargaan.

Azwan Ali mempunyai bukti kukuh siapa Azmin Ali sebenarnya.

Selain isu politik, ada yang bertanya bila Azwan Ali mahu berkahwin?

Ini memang soalan yang dinanti oleh orang ramai.

Ini jawapan dari pengacara ini.

"Ada yang tanya kahwin, I nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyum macam Wani Hasrita, manis... oh angin (sambil nyanyi)

"Sebenarnya saya dah 52 tahun, saya rasa Karangkraf jadi media rasmi, kita kahwin dalam ni sahaja

"Tak gurau je, saya harap pelayar-pelayar tahu saya macam mana, kalau saya tak kahwin sampai saya mati tak apalah itu part saya"

"Maknanya Allah dah takdir saya macam itu, tak ada keluarga tak ada anak, itu tak jadi isu, saya redha dan saya pasrah."

Ini videonya temuramah Azwan Ali tentang isu kahwin itu:


Itulah jawapan Azwan Ali apabila ditanya tentang perkahwinan. Apapun semoga ada jodoh untuk Azwan Ali.

Semoga maju jaya buat Azwan Ali di dalam perjuangannya.

Sumber: Sinar Harian /  Media Hiburan

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.