Semasa

Sidang Media: Aliff Syukri Umum Isteri Hamil 3 Bulan, Minta Maaf Dengan Sajat

 
Petang tadi telah berlangsung satu sidang media yang dibuat oleh Dato Aliff Syukri yang sinonim dengan tag 'Terlajak Laris'.

Sidang ini sempena untuk memperkenalkan secara rasminya lagu baru Dato Aliff Syukri berjudul "Abang Nak Tegur".

Sidang media ini diserikan dengan kehadiran Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, Nur Sajat dan KRU Muzik dan berlangsung di Flora Terrace at Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Selain berkongsi mengenai single sulungnya, pengasas produk d’Herbs itu turut mengumumkan isterinya, Shahida sedang hamil.

Oleh kerana sedang hamil, Shahida tidak dapat ikut serta untuk ke Spain baru-baru ini bagi sesi penggambaran muzik video Abang Nak Tegur.


Ini pengumuman Aliff Syukri:

"Kepada anda semua hari ini saya nak war-warkan kenapa saya tak bawa isteri saya ke Spain, isteri saya tak boleh naik flight selama 21 jam sebab isteri saya tengah pregnant tiga bulan sekarang,” katanya di majlis tersebut."

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.

Ramai pengguna laman media sosial yang mula memberi ucapan tahniah kepada Aliff Syukri dan juga isterinya itu.

Kami dari Berita Memey juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kerana Datin Shahida kini hamil 3 bulan.

Semoga segala urusan kehamilan berjalan lancar dan pasangan ini selamat menimang anak keempat.

Selain tentang berita kehamilan isterinya, Dato Aliff Syukri sempat bercerita tentang rakannya iaitu Nur Sajat.

Sebaik sahaja Aliff Syukri selesai membuat persembahan nyanyian bersama Nur Sajat dan isterinya, jutawan ini menyatakan dia bukan buat-buat memarahi Sajat ketika berada di Spain.

Aliff Syukri akui memang benar-benar marah dengan Sajat ketika itu.

Namun Aliff Syukri telah meminta maaf secara terbuka dengan Sajat tentang perkara berkenaan.

Di atas pentas kedua dua mereka telah bersalaman dan berbaik-baik semula.

Aliff Syukri juga menyatakan, Sajat banyak membantu menaikkan lagu Abang Nak Tegur sehingga menjadi viral di laman media sosial. Kini hubungan antara Sajat dan Aliff Syukri baik-baik sahaja. -Beritamemey

Sumber: Media Hiburan

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.